JOM TOLAK AZEEZ RAHIM

JOM TOLAK AZEEZ RAHIM

Sunday, August 18, 2013

Azeez Rahim Tak Layak Jadi Pengerusi Tabung Haji - 'Beli' Wartawan & Blogger Untuk Publisiti Sendiri

Salam pembaca , dari ruangan komen yang dibaca dari blog A Kadir Jasin dalam artikel beliau mengenai Tabung Haji , ada pembaca letakkan komen mengenai rancangan Azeez Rahim 'membeli' wartawan dan blogger dalam nada cukup sinis . Jenis manusia apakah yang gemar hulur duit pada wartawan dan blogger untuk tulis cerita2 yang baik mengenai diri sendiri . Wartawan dan blogger dibutakan mata dengan duit dan melancong secara percuma bersama-sama Azeez Rahim dalam misi-misi tertentu . Maaf lah Azeez Rahim , kita harap anda berundur secara sukarela . Teruskan kerja-kerja bantu masyarakat tanpa perlu pegang jawatan dalam GLC , apatah lagi Tabung Haji . Berikut adalah komen menarik pembaca dari blog Kadir Jasin mengenai Tabung Haji.


"Pendeposit Tabung Haji said...

Salam Datuk,

Dengar khabar Pengerusi baru Azeez Mashook telah mengarahkan Jabatan Komunikasi Tabung Haji untuk menjemput pihak akhbar, media dan bloggers jemputan untuk aktiviti tahunan ke Mekah dan Madinah pada bulan Ramadhan dan musim Haji. Senarai pendek akan diumumkan dalam jangka masa terdekat. Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi Ketua Jabatan Komunikasi Tabung Haji. Seperti biasa, tujuan utama lawatan adalah untuk memberi gambaran yang tepat betapa hebatnya mutu perkhidmatan Tabung Haji di persada antarabangsa. 

Dengar khabar Pengerusi baru Azeez Mashook akan menjemput pihak media melihat operasi anak syarikat TH di Arab Saudi iaitu TH Real Estate Company (TH RE) yang telah ditubuhkan pada 2009. Pasti pihak media ingin tahu mengapa TH Real Estate Company yang masih tidak mampu memberi sebarang pendapatan (zero revenue) perlu menghabiskan SR2.5 juta setahun untuk kos gaji dan elaun pekerja yang hanya 5 orang sahaja (1 CEO, 2 orang pekerja Malaysia dan 2 pekerja Arab)? Pihak media pasti ingin tahu benarkah gaji CEO TH Real Estate telah dinaikkan dari RM30k sebulan ke RM70k sebulan? Azeez Mashook yang juga selaku Pengerusi TH Real Estate Company pasti akan mengambil kesempatan yang terbaik ini untuk mejelaskan kepada pihak media bahawa CEO TH Real Estate Company bukanlah kawan karib Jasmi Ismail, iaitu abang dengan CEO Tabung Haji seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab. 

Azeez Mashook akan menerangkan kepada pihak media matlamat utama Tabung Haji adalah untuk terus mencatat keuntungan tahunan melebihi RM2 billion dan mampu memberi dividen yang kompetif >8% setahun kepada para pelabur. Maka itu, tidak perlu pihak media mempersonalkan jarak hotel penempatan jemaah Muasasah di Mekah yang amat jauh (sekitar 1 km) dari Masjidil Haram dan isu sarapan pagi yang masih tidak mampu disediakan oleh Tabung Haji. Pihak media perlu sedia maklum, Tabung Haji telah sekian lama menyediakan pakej2 mewah (yang berharga >RM30k) kepada jemaah2 yang cerewet tentang isu remeh temeh seperti jarak penginapan dan sarapan pagi.

Selepas lawatan ke Mekah dan Madinah, dengar khabar Azeez Mashook akan menjemput pihak media melawat 2 bangunan yang baru dibeli Tabung Haji di London dengan jumlah pelaburan £370 (RM1.8 billion). Azeez Mashook juga akan menjelaskan kepada pihak media mengapa Tabung Haji perlu aggresif membuat pelaburan di bidang hartanah di London walaupun operasi haji hanya bertumpu di Mekah dan Madinah sahaja. Azeez Mashook juga akan menerangkan kepada pihak media keputusan Tabung Haji untuk membeli bangunan di 151 Buckingham Palace Road pada harga yang lebih tinggi (£205 juta) dari harga pasaran (<£190 juta). 

Azeez Mashook akan mengesahkan kepada pihak media sama ada penyewa (Little Ship Sailing Club) di 10 Queen Street Place London hanya menyediakan minuman keras dan makanan tidak halal kepada semua pelanggan atau hanya kepada pelanggan yang bukan Islam. Kenyataan Azeez Mashook adalah amat penting kerana ada desas desus bangunan di 10 Queen Street Place London mempunyai penyewa (Little Ship Sailing Club) yang menyediakan minuman keras dan makanan tidak halal kepada pelanggan (laman web: http://littleshipclub.co.uk/). Azeez Mashook selaku Pengerusi Tabung Haji yang baru dan semestinya berwibawa dan berpandangan jauh akan memastikan semua pelaburan Tabung Haji terumanya di London adalah 100% berteraskan prinsip syariah

Setelah penat dengan sesi lawatan dan soal jawab, pihak media juga akan dijemput untuk menjamu selera di rumah baru CEO Ismee Raja Lanun di Notting Hills yang berharga 5 juta (tolong jangan tanya mana CEO dapat duit sebanyak itu). Pada keesokan hari, pihak media akan dibawa membeli belah di Harrods dan melawat kedai Louis Vuitton di New Bond Street di mana Pak Menteri, Jamil Keldai baru sahaja mengambil tempahan kasutnya pada 2 minggu yang lalu. 

bersambung.



Untuk acara tempatan, di ibu negara, Azeez Mashook juga akan menjemput pihak media untuk sesi dialogue di bangunan 13-tingkat di Bangsar South yang baru dibeli Tabung Haji pada 2012 dengan harga RM102 juta. Yang menarik tentang bangunan di Bangsar South ini ialah keputusan Tabung Haji untuk membeli hartanas itu walaupun penyewa utama akan tamat kontrak menyewa pada 2014. Mungkin pada masa sesi soal jawab dengan pihak media nanti, Azeez Mashook akan mendapat ilham untuk menjawab segala teka teki yang tersurat dan tersirat. Azeez Mashook juga akan berkongsi dengan pihak media segala pulangan pelaburan dari kesemua pelaburan yang dibuat oleh Tabung Haji dari ekuiti, pendapatan tetap, perladangan, IT dan hartanah. Pada sesi ini, pihak media akan dapat melihat betapa hebatnya Tabung Haji dalam memastikan semua pelaburan berjaya memberi pulangan yang memberangsangkan. 

Pada acara kemuncak, Azeez Mashook juga akan menjelaskan keputusan Tabung Haji untuk memberi kontrak baik pulih (renovation) 3 tingkat di Bangunan HQ Jalan Tun Razak kepada anak syarikatnya (Seri Libana Sdn Bhd) tidak ada kena mengena dengan jawatan beliau sebagai ahli Pengarah. Tetapi kerana kelulusan MBA beliau yang begitu prestij dari universiti terkemuka di Amerika Syarikat. Maka itu, tidak hairan jika segala perbelanjaan untuk melobby kontrak tersebut akan ditanggung 100% oleh Tabung Haji.

Untuk membuktikan ketelusan Tabung Haji dan komitmen penuh beliau sebagai Pengerusi yang berwibawa dan prihatin, Azeez Mashook akan mengumumkan wakil-wakil pendeposit Tabung Haji akan diberi beberapa kerusi tetap di ahli lembaga pengarah dan panel pelaburan. Jika syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia akan mengadakan AGM setiap tahun, Tabung Haji akan mengada sesi “AGM” dengan pendeposit-pemdeposit Tabung Haji pada setiap penggal untuk memberi maklumat terkini operasi dan untuk mendapat maklum balas dari pendeposit-pendeposit dari masa ke semasa.

Azeez Mashook akan juga mengesahkan bahawa ahli perniagaan tersohor, Shaik Akmal Shaikh Alaudin (rakan karib Kalimullah Hassan dan Nor Mohamed Yakcop) tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mempengaruhi CEO Ismee Raja Lanun bagi mendapatkan projek2 lukratif dan pelaburan yang akan dibuat oleh Tabung Haji di dalam dan luar negara.

Lawatan ke Arab Saudi, London dan sesi dialog di Bangsar South ternyata akan memberi peluang kepada Tabung Haji untuk berkongsi idea, strategi dan rancangan masa depan pihak pengurusan yang begitu professional demi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pendeposit2 dan bakal2 jemaah sekalian. Pasti pihak akhbar, media dan bloggers jemputan tidak akan melepaskan peluang keemasan ini.

Sekian Terima Kasih. "

No comments:

Post a Comment