JOM TOLAK AZEEZ RAHIM

JOM TOLAK AZEEZ RAHIM

Tuesday, September 3, 2013

Gesa Pengerusi Tabung Haji Pakai Baju Melayu Bersamping Di Mekah Dipermainkan

Aku baru pulang dari London melihat aset-aset Tabung Haji di sana. Balik je Malaysia terbaca satu artikel yang amat menarik mengenai Pengerusi Tabung Haji baru kita Azeez Rahim a.k.a Mr. 10percent.


Gesaan Pengerusi Tabung Haji (TH) yang baru, Datuk Abdul Azeez Rahim agar jemaah haji dari negara ini memakai baju Melayu bersamping ketika berada di Tanah Suci Mekah dipermainkan oleh pelbagai pihak.

Ia bukan sahaja dibawa bercakap antara satu sama lain di kedai-kedai kopi tetapi disyarahkan dalam majlis-majlis tazkirah oleh ustaz-ustaz yang biasanya menguruskan jamaah haji di negara ini.
"Bagi saya, ini gesaan bukan cadangan. Bila gesaan dari Pengerusi Tabung Haji, ia satu arahan," kata Ustaz Tarmizi Shamsul Arif (gambar) ketika memberikan kuliah di Surau At Taqwa, Taman Bertam Indah baru-baru ini.Video tazkirah beliau itu kini berlegar di alam maya di laman sosial YouTube.

Abdul Azeez baru-baru ini menggesa jemaah haji Malaysia memakai baju Melayu bersamping ketika ke Tanah Suci iaitu semasa pergi ke masjid atau menziarahi tempat-tempat bersejarah di sana.
"Pakaian kebangsaan itu adalah lambang kenegaraan dan kita juga boleh buat promosi pakaian tradisional negara," kata anggota Parlimen Baling, Abdul Azeez yang dilantik menjadi Pengerusi Tabung Haji 1 Julai lalu.
"Kita kat Malaysia susah nak pakai. Tuan-tuan pernah pergi zoo pakai Baju Melayu?...sakit jiwalah kadang-kadang memikirkannya," sindir  Ustaz Tarmizi sambil tersenyum sinis lalu tersandar ke kerusinya.
Menurutnya, jemaah haji biasanya memakai jubah atau baju lain yang sesuai semasa di Mekah kerana ia dikatakan pakaian sunnah dan juga sesuai dengan suasana tempat itu.
Bagi beliau, ini semua berlaku kerana orang yag bukan ahli duduk di kerusi berkenaan.

Sejak dari awal pelantikannya, Abdul Azeez di pertikaikan kredibilitinya untuk dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji.
Bukan sahaja pemimpin Pakatan Rakyat (PR) bahkan kalangan Umno sendiri tidak setuju dengan perlantikan Abdul Azeez.
Ketua Pemuda Umno bahagian Cheras, Datuk Syed Mehdhar Syed Abdullah antara yang mengkritik perlantikan Azeez.
“Rakyat keliru dan hairan, atas kriteria apa Perdana Menteri boleh melantik Abdul Azeez sebagai Pengerusi TH sedangkan ramai lagi tokoh yang lebih berwibawa dan mempunyai kelayakan termasuk bekas-bekas pegawai kanan kerajaan,” tegasnya.
Katanya, lembaga tersebut sepatutnya diterajui oleh mereka yang mempunyai latar belakang ilmu agama atau profesion yang berkaitan bagi memastikan arah tuju Tabung Haji tidak tersasar daripada matlamat asal.

1 comment: