JOM TOLAK AZEEZ RAHIM

JOM TOLAK AZEEZ RAHIM

Monday, November 11, 2013

Apa Pengalaman Datuk Azeez Untuk Dilantik Sebagai Pengerusi Tabung Haji?




Pelantikan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Ahli Parlimen Baling sebagai Pengerusi TH berkuatkuasa 1 Julai 2013, bagi menggantikan Ybhg Tan Sri Dato' Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Noor menimbulkan sebuah lagi polemik untuk dibicarakan. Nampaknya siri kronisme dan mengutamakan kerabat UMNO dalam agensi kerajaan masih membudaya dalam negara ini. PM gagal menterjemahkan profesionalisme dalam badan berkaitan kerajaan (GLC) sehinggakan TH juga hendak dijadikan badan untuk berpaut politik.

Tabung Haji adalah organisasi yang menguruskan urusan haji umat Islam di negara ini. Di tangan organisasi inilah amanah dan kepercayaan umat Islam seluruh negara diletakkan. Ia adalah tabungan jutaan umat Islam yang menguruskan urusan haji berpuluh ribu umat Islam setiap tahun.
Agak menghairankan bagaimana nama Datuk Azeez boleh terpacul dari mulut Perdana Menteri sehingga mahu melantik beliau. Sepatutnya segala yang berkaitan dengan Tabung Haji termasuk pelantikan jawatankuasa tertingginya perlu diserahkan kepada mereka yang layak dan berkaitan.

Dalam keadaan beliau sebagai ahli politik, baru sahaja menjadi Ahli Parlimen di sebuah kawasan yang luas dan ramai pengundi itu, serta memimpin sebuah sayap dalam UMNO, beliau pula diamanahkan menjadi Pengerusi sebuah GLC berkaitan dengan urusan haji. Apa pengalaman Datuk Azeez dalam dunia korporat, pengurusan, perniagaan dan pentadbiran untuk menjadi seorang Pengerusi TH?

Paling penting, apa jasa beliau yang paling besar dalam Tabung Haji untuk dilantik ke jawatan tersebut? Tidak adakah golongan agama yang lebih thiqah (dipercayai) untuk memimpin TH sebagai Pengerusi selain orang politik yang sememangnya dilihat mempunyai agenda dan kepentingan sendiri itu? Jika tidak pun, mengapa tidak dilantik mereka yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam pentadbiran dan dunia korporat untuk dilantik ke jawatan sepenting itu.

PM dilihat lebih mengutamakan mereka yang berjasa dan rapat dengan beliau daripada mereka yang berkelayakan. Justeru, sesiapa yang ingin memanjat tangga politik atau menduduki kerusi penting di GLC harus bertenggek rapat dengan PM atau suku sakat beliau tanpa melihat wibawa atau kredibiliti seseorang itu.

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

No comments:

Post a Comment