JOM TOLAK AZEEZ RAHIM

JOM TOLAK AZEEZ RAHIM

Tuesday, August 27, 2013

Azeez Rahim Tak Layak Jadi Pengerusi Tabung Haji - Azeez Rahim Bawak Masuk Kroni ke PMO??

Berikut adalah artikel yang diambil dari blog http://penyokongpas.wordpress.com dengan tajuk Email Kakitangan SMPKE, JPM . Dalam artikel tersebut menunjukkan bagaimana Azeez guna pengaruh beliau yang rapat dengan PM untuk menyusun kroni-kroni supaya diberikan tempat atau jawatan kanan dalam JPM/PMO . Sibuk jaga urusan PMO yang tak ada kaitan dengan diri sendiri , mungkin cari peluang nak menyakau ? Tak puas ke dapat tempat di Tabung Haji tu ? Turun lah Azeez Rahim sebagai pengerusi Tabung Haji , lu memang tak layak ! Tinggalkan dunia politik, buat bisness betul-betul , jangan nak guna pengaruh dalam politik ja .. harap kaki sakau yang pandai berlakon ni diberikan hidayah untuk letakkan jawatan , jangan sampai gambar video tersebar


Ana menerima email yang agak panjang berjela daripada seorang kakitangan JPM mengenai apa yang sedang berlaku di Pejabat Perdana Menteri (PMO). Memang banyak isu menarik yang sedang berlaku.

Menurut kakitangan tersebut, beberapa wajah baru sudah dibawa masuk untuk membantu PM menyusun strategi lebih baik dalam berdepan dengan PRU14. Bagus, depa ni mula awal. Baru menang PRU13, sudah fikir PRU14. Kalau macam ini punya strategi, UMNO insya’Allah boleh memerintah sampai sangkakala berbunyi.

Menurut email tersebut, antara tokoh paling berkuasa, mempunyai akses paling aula di PMO pada ketika ini adalah Pengerusi Tabung Haji yang baru, Azeez. Kita kenal sangat lah dengan dia ni. Orang Baling, Kedah.

Menurut email tersebut, JPM sudahpun menerima arahan bahawa Azeez adalah Chief of Staff PM yang baru. Tak ada perkara yang boleh mendahului Azeez. Semuanya akan melalui Azeez. Daripada pertukaran perabot, sehinggalah pengumuman perlantikan ke mana-mana jawatan di dalam dan di luar kerajaan. Pemecatan pun diuruskan oleh Azeez.

Azeez, menurut email tersebut, akan mengisi tugasan yang sebelum ini gagal dilangsaikan oleh DSJJ (ana agak Jamaluddin Jarjis). DSJJ dikatakan tidak mempunyai pengaruh lagi di PMO. Gagal.

Azeez sudahpun membuat lawatan kepada semua pegawai-pegawai tinggi di JPM. Menurut sumber tersebut, berdasarkan kapal yang sama, Azeez lebih mudah berkoordinasi dengan KSN. Malah, KSN dikatakan menurut sahaja apa yang diperkatakan oleh Azeez.

Menurut email tersebut, antara sumbangan awal Azeez kepada JPM dan rakyat Malaysia:-

1. http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/08/19/Shahrizat-appointed-special-adviser.aspx

Di atas nasihat Azeez, PM menerima perlantikan semula Kak Ijat sebagai Special Adviser. Langkah ini memberikan pulangan politik kepada Azeez sendiri yang akan bertanding MT (majlis tertinggi UMNO).

2. Perlantikan Irmohizam kepada beberapa jawatan strategik.

3. Penyediaan dana ratusan juta untuk media baru (diuruskan oleh kakitangan bernama Amhari).

4. Perlantikan Datuk Izudin Ishak sebagai Pengerusi Yayasan Kesejahteraan Bandar, di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan.

5. Perlantikan CEO Global Movement of Moderates yang baru.

6. Penyusunan perlantikan yang akan berterusan sepanjang 3 tahun akan datang.

Kakitangan SMPKE terbabit berjanji untuk memberikan perincian dana yang digunakan setakat ini oleh Azeez.

Dia cuma berasa pelik, bagaimana seorang Pengerusi LTH boleh memainkan peranan sebagai Chief of Staff PMO. Kalau dah banyak masa ada di Perdana Putra, apa jadi dengan TH?

Azeez juga sedang menyusun kakitangan kanan/sokongan yang lain, untuk dibawa masuk ke dalam JPM/PMO.

Ana cuma meringkaskan email yang panjang tersebut. Kalau salah, ana tak tahu lah. Ana akan berjumpa dengan pengirim email ini minggu hadapan. Dia kata ada seguni info yg dia ada. Termasuk senarai syarikat-syarikat yang sedang disusun oleh Azeeeeezzzz.

Saturday, August 24, 2013

Azeez Rahim Tak Layak Jadi Pengerusi Tabung Haji - Siapa CEO THRE yang Azeez Rahim 'Back-up' ??

Tabung Haji makin lama makin parah , tambah-tambah sekarang Azeez Rahim jadi pengerusi . Dulu aku dengar banyak orang dok bercakap belakang pasal pegawai-pegawai kat Tabung Haji, ada beberapa spesies korup, penting kroni dan kaki sakau. Hang pa cuba teka Azeez Rahim yang dah jadi pengerusi Tabung Haji tu dalam kategori mana satu ?

Ni nak tanya kat Azeez Rahim , betul ka CEO Tabung Haji Real Estate yang beroperasi kat Arab Saudi tu kawan baik pada Jasmi Ismail iaitu abang kepada Ismee Ismail ?? Ini sudah dikira KRONI ! Hang cuba-cuba nak cover ... Ismee Ismail ka dok control Azeez Rahim atau Azeez Rahim yang dok kontrol Ismee Ismail . Peduli la.. yang aku tau dua-dua masyukkk.

Yang baca blog ni aku harap, kalau ada apa-apa maklumat mengenai Tabung Haji Real Estate tolong email . Aku nak tau juga sapa nama CEO Tabung Haji Real Estate ni . Al maklumlahhh dengar cerita depa dok kata dah nak naik gaji dari RM 30,000 sebulan pada RM 70,000 sebulan . Mangkuk ayun betull , syarikat tak jana apa-apa pendapatan . Hang goyang kaki , gentel teloq tak payah kalut sumber kewangan mai dari mana untuk syarikat .. tau tau dah dapat RM 70,000 sebulan .

Bukan setakat Azeez Rahim je patut letak jawatan , mana-mana yang kaki songlap rasuah dalam Tabung Haji tolong letak jawatan jugak !!! Aku perlu bantuan ... tolong salurkan maklumat kawan-kawan semua , sebanyak mungkin , kita tak nak Tabung Haji yang menyimpan duit rakyat marhaen dijaga oleh spesies-spesies ni !

Thursday, August 22, 2013

Azeez Rahim Tak Layak Jadi Pengerusi Tabung Haji : Gagal Urus TH Real Estate di Saudi Arabia

Tabung Haji Real Estate (THRE) adalah sebuah anak syarikat Tabung Haji di luar pesisir .  Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 2009. Daripada beberapa maklumat yang diperoleh THRE gagal menjana keuntungan sejak ia ditubuhkan .  Walaupun tiada keuntungan diperoleh, THRE dikatakan menghabiskan SR 2.5 juta setahun untuk kos pekerja iaitu seramai 5 orang saja . Seorang CEO,  dua pekerja Malaysia dan dua pekerja Arab.  Azeez Rahim dilantik menjadi Pengerusi THRE pada tahun 2012. 


Dalam laman blog Rocky Bru’s melalui artikel Tabung Haji gets new Chairman? Komen yang paling menarik ialah dakwaan bagaimana gaji-gaji pekerja dinaikkan ke tahap maksimum semasa Azeez Rahim memegang jawatan pengerusi THRE walaupun tiada keuntungan di peroleh .

“Anonymous said...

Azeez is also Chairman of Tabung Haji's subsidiary, TH Real Estate (based in Saudi Arabia). TH Real Estate is basically a ZERO revenue company but Tabung Haji has been very generous. Not only the contract of THRE's CEO was extended, he also got maximum pay raise - up from RM30k to RM70k currently and soon will explode to RM100k per month (his contract will expire end of the year). With total staff of only 5 people (1 CEO, 2 Malaysians and 2 Saudis), TH RE's yearly cost for salary is already in excess of RM2 million!!!!! So Najib's decision to appoint Azeez as Chairman of Tabung Haji is due to THRE's sterling performance? No?

4:01 pm “

Dari komen berkenaan dikatakan gaji CEO THRE (yang dilanjutkan kontraknya) dinaikkan daripada RM30 sebulan kepada RM70 ribu sebulan . Di sini kita nampak  Azeez Rahim sebagai Pengerusi THRE  (Azeez dilantik jadi ahli lembaga pengarah Tabung Haji pada Januari 2011) tak bijak dalam menjimatkan duit Tabung Haji , malah kita nampak duit dibazirkan sewenangnya untuk anak syarikat yang tak berikan hasil ! 


Berikut adalah biodata Azeez Rahim seperti yang tercatat dalam laporan kewangan tahun 2010. Dari laporan kewangan tahunan Tabung Haji , kita cuba juga cari maklumat mengenai kewangan Tabung Haji Real Estate , tapi tak dicatatkan . Adakah Tabung Haji cuba sembunyikan sesuatu ? Dari petikan sebuah laman blog yang mempertahan perlantikan Azeez Rahim atas alasan pengalaman beliau dalam dunia korporat .. pengalaman ke atau guna pengaruh politik untuk kembangan perniagaan ?


Wednesday, August 21, 2013

Azeez Rahim Tak Layak Jadi Pengerusi Tabung Haji - Gelaran 'Azeez 10 persen'

Dari seorang blogger yang pernah mengenali Azeez pada satu ketika dulu . Artikel diperoleh menunjukkan pengalaman peribadi seorang blogger dengan Azeez Rahim 10 persen . Kalau perangai minta 'sponsor' untuk projek-projek kebajikan , ada pulak persen nya untuk dimasuk dalam poket sendiri ada kredibiliti ka jadi pengerusi Tabung Haji ???  Bahaya-bahayaaaa...


"Betul ke perkhabaran yang aku terima menyatakan Azeez Rahim dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji? Blogger otai, Rocky Bru ada tulis dalam blognya hari ini pasal pelantikan Ahli Parlimen Baling ini bakal menjadi pengerusi Tabung Haji. Terkedu aku dengar...

Aku memang tak ada masalah pun dengan Azeez dan dia pun tak kenal aku walaupun sedikit sebanyak aku kenal siapa dia sebelum menjadi wakil rakyat ni terutama ketika dia dalam Pemuda UMNO dahulu. Azeez inilah yang cipta skuad Putra dalam Pemuda UMNO yang pelancarannya dibuat besar-besaran di Melaka suatu ketika dahulu. (Skuad Putra... bukan Kelab Putra 1Malaysia)

Bukan soal skuad Putra yang aku nak sentuh, tapi untuk majlis pelancaran skuad ini sudah tentu beliau mahu buat promosi besar-besaran nak tunjukkan kat Mahathir (pada masa itu sebagai Presiden UMNO) tentang hebatnya "mamak" yang satu ini.

Sekali lagi, bukan soal skuad Putra yang aku nak persoal. Itu lantak dialah. Tak ada kena mengena dengan aku, cuma aku nak ceritakan bagaimana si Azeez ini sudah "permainkan" kita orang yang diberi projek untuk buat pelbagai barangan untuk mempromosikan skuad Putra ini - dari t-shirt, baju, topi, payung, belon hinggalah laman web. Kos semuanya sudah tentu makan ratusan ribu kalau tak juta sekali pun.

Bila kami submit sebut harga kat Azeez, dia bukannya nak kasi wang pendahuluan untuk kami memulakan kerja, sebaliknya dia cuma menyerahkan sekeping surat bertandatangan beliau.

"Hang bawa surat ni pergi jumpa Petronas, TNB, Telekom.... Diorang confirm bagi sponsor....!" Itulah lebih kurang apa yang dia cakap. Tepok dahi kawan aku yang bawa sebut harga tu kat dia.

Tapi yang tak bestnya, dia sempat pesan.... "Kalau dapat sponsor jangan lupa 10 % untuk aku....!!" Dusssshhhh........... Nak pengsan kawan aku dengar. Dahlah duit untuk projek Putra tu kami kena cari sendiri penajanya. Lepas tu kalau dah dapat kena bagi pulak kat dia! Ni projek  siapa punya ni?? Last-last kami tarik diri.

Habis cerita maka Putra pun dilancarkanlah dan semua barangan yang asalnya kami nak buat, terhasil juga. Siapa dapat projek tu aku pun tak nak ambil tahu... Lantak kaulah! Tapi last-last aku dapat juga tahu, rupanya yang jadi "mangsa" kawan aku jugak!

Aku tak tahulah hutang Pemuda/Putra/Azeez kat kawan aku yang khabarnya jutaan ringgit juga itu sudah langsai ke belum.  Setahu aku belum.

Atas sebab itulah aku sampai sekarang gelar mamak ni "Azeez 10 persen"... Heeee... 

Sekarang mamak ni nak jadi Pengerusi Tabung Haji pula! Entahlah... Tak boleh nak cakap apa dah!

Pesan aku pada Azeez, kalau betul kau jadi Pengerusi Tabung Haji, tolonglah jangan buat perangai macam dulu. Duit Tabung Haji tu duit orang kampung yang nak pergi Mekah. Jangan sampai tak lama kemudian terpampang dalam paper cerita pasal kau kena panah petir!"

Tuesday, August 20, 2013

Azeez Rahim Tak Layak Jadi Pengerusi Tabung Haji - Isu 'Komisen' DBKL - Bukit Kiara

Maklumat diperoleh dari blog Wee Choo Keong , artikel ditulis pada 7 December 2010 . Ya memang cerita lama, tetapi sejarah lama ni lah yang patut buatkan kita jadi lebih berhati-hati . Azeez Rahim memang seorang yang cukup pandai manipulasi , dia ada 'geng-geng' yang lain untuk manipulatif tender-tender atau projek-projek tertentu . Malang sekali, kalau terkantoi Azeez Rahim bijak lepaskan diri . 'Geng-geng' yang lain ni lah yang selalu terima penangan dari SPRM . Ok , jom kita baca artikel lama dari blog Wee Choo Keong ini . Aku cuma ambil bahagian yang melibatkan penglibatan Azeez Rahim , pautan blog asal klik sini


"60 Ekar tanah utama di Bukit Kiara yang dijual kepada Sime Darby

Sebelum ini, semasa saya jadi Ahli Parlimen Bukti Bintang pada tahun 1990 saya telah membangkitkan dalam Dewan Yang Mulia ini bahawa 60 ekar tanah prime land di beri kepada syarikat Lum Chang, Singapura, seperti satu cheap sale of the century dengan harga RM53,000 satu ekar.  Selepas itu kerajaan telah mengambil tindakan memotong leasehold tanah tersebut dari 99 tahun kepada 66 tahun dan kelulusan untuk membina 900 unit kondo dikurangkan kepada 450 unit sahaja.

Akhirnya Lum Chang tidak minat untuk meneruskan dengan projek ini dan saya amat bersetuju di mana Sime Darby mengambilalih daripada Lum Chang. Perkara ini tidak diselesaikan dimana Sime Darby tidak membuat bayaran untuk kontrak jual beli tanah ini.

Baru-baru ini DBKL telah selesaikan perkara ini di mana harga jualan untuk 60 ekar di Bukit Kiara telah ditetapkan dengan harga RM400 juta.  Harga RM400 juta adalah amat murah.  Di dalam Negara kita di mana kita boleh cari prime land dengan harga ini.  Saya rasa bahawa jika YB Menteri jadi tuan tanah YB tak akan jual tanah tersebut dengan harga ini! Janganlah memperbodohkan rakyat warga kota Kuala Lumpur.

Sime Darby membayar RM360 juta sahaja untuk tanah tersebut dan hutang RM40 juta Ringgit kepada DBKL. Tiba-tiba RM40 juta belum dibayar kepada DBKL dan DBKL pula bagi diskaun RM36 juta kepada Sime Darby!

Saya memang tahu bahawa dari segi undang-undang DBKL ada hak untuk memberi diskaun kepada Sime Darby. Saya membangkitkan isu ini dari segi moral kerana DBKL adalah sebagai trustee atau pemengang amanah kepada warga kota di Kuala Lumpur dan semua wang DBKL adalah wang warga kota.

Bila kita minta bantuan daripada DBKL untuk rakyat miskin, DBKL tiada wang kerana ekonomi tidak berapa baik. Tetapi DBKL boleh memberi diskaun RM36 juta dengan sewenang- wenangnya kepada Sime Darby.  Saya tahu negotiator ini adalah Dato Abdul Azeez bin Abdul Rahman, Ketua Bahagian Baling.  YB Kuala Kerai , YB Dr Hatta, memaklumkan bahawa namanya adalah ‘Abdul Rahim’. Saya tidak tahu bahawa  samada beliau negotiate dengan Timbalan Menteri atau Menteri.

Saya amat berharaplah, saya merayu dan memohon kepada Menteri supaya meminta balik RM36 juta ini kerana RM36 juta adalah wang rakyat. Janganlah kita mengambil tindakan terhadap orang yang berhutang sewa RM300 atau orang hutang saman RM500, RM200 kepada DBKL tetapi kita tutup mata dalam perkara ini.

Ini adalah skandal yang amat serius. Bagaimanakah satu Kementerian boleh memberi arah atau mempengaruhi supaya diskaun ini diberikan. Saya percaya bahawa Datuk Bandar atau pegawai di dalam DBKL berani memberi satu diskaun berjumlah RM36 juta . Saya berharap MACC menjalankan satu siasatan yang amat serius dan mendalam tentang perkara ini kerana ada unsur koruption dalam perkara ini.  Tiada owner of the land dengan izin, akan memberi diskaun sedangkan dalam surat perjanjian telah mencatakan harga RM400 juta. Saya percaya kalau tanah ini adalah milik YB Timbalan Menteri atau Menteri mereka tidak akan memberi diskaun RM36 juta.

Saya juga merayu kepada YB Menteri Kewangan II, YB Tambun, yang menjaga GLC untuk mengarahkan Sime Darby membayar balik RM36 juta kepada DBKL untuk warga kota Kuala Lumpur supaya orang miskin lebih selesa. Saya percaya dalam agama Islam pun sentiasa mengajarkan kita supaya jadi baik untuk rakyat, dan menghapuskan  kemiskinan. Tak kan YB Menteri sebagai seorang yang beragama Islam tidak faham untuk menjaga rakyat dan  menghapuskan kemiskinan.

Janganlah memberikan diskaun RM36 juta kepada satu GLC atau kepada Dato’ Azeez Abdul Rahim ini jadi satu komisen atau apa. Ambil balik diskaun ini dan memberikan satu tahun free atau secara percuma sewa PPR di Kuala Lumpur , saya rasa tidak sampai RM5 juta pun."

Jawapan atau alasan yang diberikan Raja Nong Cik yang ketika itu menjadi Menteri Wilayah ialah diskaun diberikan kerana Sime Darby bayar dengan lebih pantas iaitu dalam tempoh 6 bulan saja .

Wee Choo Keong pula membalas ;

"Ini saya rasa tidak timbul kerana ini bukan satu denda atau pun tax atau cukai tanah . Ini adalah satu perjanjian antara Solarvest Sdn Bhd DBKL termasuk waktu itu Eugene Campos dan Elyas Omar masaitu. Saya tahu sebab saya terlibat dan ada dokumen. Tanah itu dijual dengan RM53,000 satu ekar sahaja. Akan tetapi masalahnya bukan mereka bayar dengan cepat. Masalahnya, Kementerian atau DBKL  yang memberikan peluang mereka mahu lengah-lengahkan bayaran ini. Sama ada mereka bayar cepat atau tidak itu tidak timbul kerana ini ada dalam perjanjian. Saya tidak nampak pun dari seorang peguam selama-lama ini, tuan tanah tidak akan memberikan special diskaount sehingga RM36 juta atas cepat membayar kerana ini telah tertakluk dalam agreement. Saya rasa YB Menteri pun kalau jadi seorang tuan tanah dalam perkara ini, YB tidak akan memberikan RM36 juta diskaun.

Akan tetapi masalahnya di sini, memberi diskaun ini kepada siapa? Ia deberi kepada Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim, Ketua Bahagian Baling atau memberi kepada Sime Darby. Samada Datuk Azeez ini adalah orang penting, negotiator dalam perkara ini. Saya percaya bahawa Datuk Azeez ini bukan negotiator, commission seeker dengan izin, dalam perkara ini. Saya tahu jelas dan saya rasa YAB Perdana Menteri pun tahu tentang perkara ini. Saya juga tahu bahawa MACC telah siasat dalam perkara ini. Saya harap YB Menteri tepuk hati sendiri meminta balik RM36 juta ini. Kita tidak seharus memberi apa-apa diskaun kepada Sime Darby. Ini kerana tnah yang dijual kepada mereka inin telah amat murah.

YB Menteri tidak memberi apa-apa penjelasan lagi tentang diskaun RM36.8 juta yang diberikan kepada Sime Darby."

Sunday, August 18, 2013

Azeez Rahim Tak Layak Jadi Pengerusi Tabung Haji - 'Beli' Wartawan & Blogger Untuk Publisiti Sendiri

Salam pembaca , dari ruangan komen yang dibaca dari blog A Kadir Jasin dalam artikel beliau mengenai Tabung Haji , ada pembaca letakkan komen mengenai rancangan Azeez Rahim 'membeli' wartawan dan blogger dalam nada cukup sinis . Jenis manusia apakah yang gemar hulur duit pada wartawan dan blogger untuk tulis cerita2 yang baik mengenai diri sendiri . Wartawan dan blogger dibutakan mata dengan duit dan melancong secara percuma bersama-sama Azeez Rahim dalam misi-misi tertentu . Maaf lah Azeez Rahim , kita harap anda berundur secara sukarela . Teruskan kerja-kerja bantu masyarakat tanpa perlu pegang jawatan dalam GLC , apatah lagi Tabung Haji . Berikut adalah komen menarik pembaca dari blog Kadir Jasin mengenai Tabung Haji.


"Pendeposit Tabung Haji said...

Salam Datuk,

Dengar khabar Pengerusi baru Azeez Mashook telah mengarahkan Jabatan Komunikasi Tabung Haji untuk menjemput pihak akhbar, media dan bloggers jemputan untuk aktiviti tahunan ke Mekah dan Madinah pada bulan Ramadhan dan musim Haji. Senarai pendek akan diumumkan dalam jangka masa terdekat. Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi Ketua Jabatan Komunikasi Tabung Haji. Seperti biasa, tujuan utama lawatan adalah untuk memberi gambaran yang tepat betapa hebatnya mutu perkhidmatan Tabung Haji di persada antarabangsa. 

Dengar khabar Pengerusi baru Azeez Mashook akan menjemput pihak media melihat operasi anak syarikat TH di Arab Saudi iaitu TH Real Estate Company (TH RE) yang telah ditubuhkan pada 2009. Pasti pihak media ingin tahu mengapa TH Real Estate Company yang masih tidak mampu memberi sebarang pendapatan (zero revenue) perlu menghabiskan SR2.5 juta setahun untuk kos gaji dan elaun pekerja yang hanya 5 orang sahaja (1 CEO, 2 orang pekerja Malaysia dan 2 pekerja Arab)? Pihak media pasti ingin tahu benarkah gaji CEO TH Real Estate telah dinaikkan dari RM30k sebulan ke RM70k sebulan? Azeez Mashook yang juga selaku Pengerusi TH Real Estate Company pasti akan mengambil kesempatan yang terbaik ini untuk mejelaskan kepada pihak media bahawa CEO TH Real Estate Company bukanlah kawan karib Jasmi Ismail, iaitu abang dengan CEO Tabung Haji seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab. 

Azeez Mashook akan menerangkan kepada pihak media matlamat utama Tabung Haji adalah untuk terus mencatat keuntungan tahunan melebihi RM2 billion dan mampu memberi dividen yang kompetif >8% setahun kepada para pelabur. Maka itu, tidak perlu pihak media mempersonalkan jarak hotel penempatan jemaah Muasasah di Mekah yang amat jauh (sekitar 1 km) dari Masjidil Haram dan isu sarapan pagi yang masih tidak mampu disediakan oleh Tabung Haji. Pihak media perlu sedia maklum, Tabung Haji telah sekian lama menyediakan pakej2 mewah (yang berharga >RM30k) kepada jemaah2 yang cerewet tentang isu remeh temeh seperti jarak penginapan dan sarapan pagi.

Selepas lawatan ke Mekah dan Madinah, dengar khabar Azeez Mashook akan menjemput pihak media melawat 2 bangunan yang baru dibeli Tabung Haji di London dengan jumlah pelaburan £370 (RM1.8 billion). Azeez Mashook juga akan menjelaskan kepada pihak media mengapa Tabung Haji perlu aggresif membuat pelaburan di bidang hartanah di London walaupun operasi haji hanya bertumpu di Mekah dan Madinah sahaja. Azeez Mashook juga akan menerangkan kepada pihak media keputusan Tabung Haji untuk membeli bangunan di 151 Buckingham Palace Road pada harga yang lebih tinggi (£205 juta) dari harga pasaran (<£190 juta). 

Azeez Mashook akan mengesahkan kepada pihak media sama ada penyewa (Little Ship Sailing Club) di 10 Queen Street Place London hanya menyediakan minuman keras dan makanan tidak halal kepada semua pelanggan atau hanya kepada pelanggan yang bukan Islam. Kenyataan Azeez Mashook adalah amat penting kerana ada desas desus bangunan di 10 Queen Street Place London mempunyai penyewa (Little Ship Sailing Club) yang menyediakan minuman keras dan makanan tidak halal kepada pelanggan (laman web: http://littleshipclub.co.uk/). Azeez Mashook selaku Pengerusi Tabung Haji yang baru dan semestinya berwibawa dan berpandangan jauh akan memastikan semua pelaburan Tabung Haji terumanya di London adalah 100% berteraskan prinsip syariah

Setelah penat dengan sesi lawatan dan soal jawab, pihak media juga akan dijemput untuk menjamu selera di rumah baru CEO Ismee Raja Lanun di Notting Hills yang berharga 5 juta (tolong jangan tanya mana CEO dapat duit sebanyak itu). Pada keesokan hari, pihak media akan dibawa membeli belah di Harrods dan melawat kedai Louis Vuitton di New Bond Street di mana Pak Menteri, Jamil Keldai baru sahaja mengambil tempahan kasutnya pada 2 minggu yang lalu. 

bersambung.



Untuk acara tempatan, di ibu negara, Azeez Mashook juga akan menjemput pihak media untuk sesi dialogue di bangunan 13-tingkat di Bangsar South yang baru dibeli Tabung Haji pada 2012 dengan harga RM102 juta. Yang menarik tentang bangunan di Bangsar South ini ialah keputusan Tabung Haji untuk membeli hartanas itu walaupun penyewa utama akan tamat kontrak menyewa pada 2014. Mungkin pada masa sesi soal jawab dengan pihak media nanti, Azeez Mashook akan mendapat ilham untuk menjawab segala teka teki yang tersurat dan tersirat. Azeez Mashook juga akan berkongsi dengan pihak media segala pulangan pelaburan dari kesemua pelaburan yang dibuat oleh Tabung Haji dari ekuiti, pendapatan tetap, perladangan, IT dan hartanah. Pada sesi ini, pihak media akan dapat melihat betapa hebatnya Tabung Haji dalam memastikan semua pelaburan berjaya memberi pulangan yang memberangsangkan. 

Pada acara kemuncak, Azeez Mashook juga akan menjelaskan keputusan Tabung Haji untuk memberi kontrak baik pulih (renovation) 3 tingkat di Bangunan HQ Jalan Tun Razak kepada anak syarikatnya (Seri Libana Sdn Bhd) tidak ada kena mengena dengan jawatan beliau sebagai ahli Pengarah. Tetapi kerana kelulusan MBA beliau yang begitu prestij dari universiti terkemuka di Amerika Syarikat. Maka itu, tidak hairan jika segala perbelanjaan untuk melobby kontrak tersebut akan ditanggung 100% oleh Tabung Haji.

Untuk membuktikan ketelusan Tabung Haji dan komitmen penuh beliau sebagai Pengerusi yang berwibawa dan prihatin, Azeez Mashook akan mengumumkan wakil-wakil pendeposit Tabung Haji akan diberi beberapa kerusi tetap di ahli lembaga pengarah dan panel pelaburan. Jika syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia akan mengadakan AGM setiap tahun, Tabung Haji akan mengada sesi “AGM” dengan pendeposit-pemdeposit Tabung Haji pada setiap penggal untuk memberi maklumat terkini operasi dan untuk mendapat maklum balas dari pendeposit-pendeposit dari masa ke semasa.

Azeez Mashook akan juga mengesahkan bahawa ahli perniagaan tersohor, Shaik Akmal Shaikh Alaudin (rakan karib Kalimullah Hassan dan Nor Mohamed Yakcop) tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mempengaruhi CEO Ismee Raja Lanun bagi mendapatkan projek2 lukratif dan pelaburan yang akan dibuat oleh Tabung Haji di dalam dan luar negara.

Lawatan ke Arab Saudi, London dan sesi dialog di Bangsar South ternyata akan memberi peluang kepada Tabung Haji untuk berkongsi idea, strategi dan rancangan masa depan pihak pengurusan yang begitu professional demi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pendeposit2 dan bakal2 jemaah sekalian. Pasti pihak akhbar, media dan bloggers jemputan tidak akan melepaskan peluang keemasan ini.

Sekian Terima Kasih. "