JOM TOLAK AZEEZ RAHIM

JOM TOLAK AZEEZ RAHIM

Thursday, November 28, 2013

PERLANTIKAN YANG TAK BIJAK

                                       
Pelantikan Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) semalam mendapat tentangan daripada Ahli Parlimen dari PR kerana mendakwanya sebagai bersifat berat sebelah dan mempunyai kepentingan politik BN.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya meneliti semula pelantikan itu supaya ia mengikut garis panduan tertentu berdasarkan keupayaan, kredibiliti dan tidak partisan yang menyebelahi Umno-BN.

"Janganlah dipolitikkan segala-galanya di negara ini dan saya nampak Perdana Menteri terpaksa menganugerahkan, membayar dan memberi politikus-politikus tertentu jawatan, saya masih merasakan ia melampaui batasan.

"Tabung Haji merupakan satu institusi yang harus kita pegang dan melantik sesiapa yang terbaik, mempunyai kepakaran untuk memastikan pegangan dan khazanah umat Islam tidak terjejas," katanya kepada Sinar Harian Online di lobi bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pelantikan Abdul Azeez sebagai pengerusi agensi kerajaan itu yang berkuatkuasa semalam.

Abdul Azeez yang juga anggota Lembaga Pengarah TH sejak 2011 dilantik menggantikan penyandangnya, Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor yang berkhidmat dengan TH sejak Ogos 2007.
Umno memang cekap untuk membaham keuntungan dari Tabung Haji, seperti mana satu lagi tabungan iaitu KWSP, seperti mana setiap tahun, berapa persen keuntungan yang dibayar kepada penyimpan, berbanding dengan Bank Rakyat dan Koperasi Tentera...

Cukuplah, sebelum ini kita duk dengar bagaimana dan dimana Tabung Haji melabur dengan agensi-agensi yang diragui halal haram,,sedangkan kita semua tahu status Tabung Haji itu sendiri,

Sepatutnya semua Ahli Parlimen Islam PR malah kalau boleh Ahli Parlimen UMNO pun turut serta buat bantahan,,bukan Nurul Izzah sorang sahaja.., bukan Ketua Putera Umno yang menganjur konvoi Mat Rempit jantan betina satu ketika dahulu jadi pengerusinya,,,, 

Dan yang hairan sekali, aku ada terbaca,,, ada sekali tu Najib nak lantik Syed Hamid Albar jadi Pengerusi Tabung Haji,,, kalau Pak Syed ini,, aku rasa tak siapa pun nak bantah, sebab kredibilty Hamid Albar masih ada value, namun oleh kerana Rosmah tak restui, perlantikan itu dibatalkan..,, 
                                     
Kalau nak lantik sangat pemimpin Umno pun,, aku rasa 100 kali lebih baik lantik bekas menteri-menteri umno di JPM portfolio Agama sebagai Pengerusi, seperti Dr Yusuf Nor, Dr Abdullah Md Zin dan ramai lagi.

Monday, November 11, 2013

Apa Pengalaman Datuk Azeez Untuk Dilantik Sebagai Pengerusi Tabung Haji?




Pelantikan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Ahli Parlimen Baling sebagai Pengerusi TH berkuatkuasa 1 Julai 2013, bagi menggantikan Ybhg Tan Sri Dato' Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Noor menimbulkan sebuah lagi polemik untuk dibicarakan. Nampaknya siri kronisme dan mengutamakan kerabat UMNO dalam agensi kerajaan masih membudaya dalam negara ini. PM gagal menterjemahkan profesionalisme dalam badan berkaitan kerajaan (GLC) sehinggakan TH juga hendak dijadikan badan untuk berpaut politik.

Tabung Haji adalah organisasi yang menguruskan urusan haji umat Islam di negara ini. Di tangan organisasi inilah amanah dan kepercayaan umat Islam seluruh negara diletakkan. Ia adalah tabungan jutaan umat Islam yang menguruskan urusan haji berpuluh ribu umat Islam setiap tahun.
Agak menghairankan bagaimana nama Datuk Azeez boleh terpacul dari mulut Perdana Menteri sehingga mahu melantik beliau. Sepatutnya segala yang berkaitan dengan Tabung Haji termasuk pelantikan jawatankuasa tertingginya perlu diserahkan kepada mereka yang layak dan berkaitan.

Dalam keadaan beliau sebagai ahli politik, baru sahaja menjadi Ahli Parlimen di sebuah kawasan yang luas dan ramai pengundi itu, serta memimpin sebuah sayap dalam UMNO, beliau pula diamanahkan menjadi Pengerusi sebuah GLC berkaitan dengan urusan haji. Apa pengalaman Datuk Azeez dalam dunia korporat, pengurusan, perniagaan dan pentadbiran untuk menjadi seorang Pengerusi TH?

Paling penting, apa jasa beliau yang paling besar dalam Tabung Haji untuk dilantik ke jawatan tersebut? Tidak adakah golongan agama yang lebih thiqah (dipercayai) untuk memimpin TH sebagai Pengerusi selain orang politik yang sememangnya dilihat mempunyai agenda dan kepentingan sendiri itu? Jika tidak pun, mengapa tidak dilantik mereka yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam pentadbiran dan dunia korporat untuk dilantik ke jawatan sepenting itu.

PM dilihat lebih mengutamakan mereka yang berjasa dan rapat dengan beliau daripada mereka yang berkelayakan. Justeru, sesiapa yang ingin memanjat tangga politik atau menduduki kerusi penting di GLC harus bertenggek rapat dengan PM atau suku sakat beliau tanpa melihat wibawa atau kredibiliti seseorang itu.

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Wednesday, November 6, 2013

Azeez Rahim jangan buat Tabung Haji Hakmilik Sendiri dan Kroni

Cerita pasal Tabung Haji jual tanah pada kroni tahun 2012 dulu , masa tu Azeez jadi CEO . Sekarang dah jadi pengerusi entah apa lagi yang dibuat untuk kroni . Nanti lah bila ada info kita boleh dedah . Duduk Tabung Haji jadi Pengerusi buat apa kalau tak ada sumbangan-sumbangan lain . Makan gaji buta je lulusan Sarjana Universiti Preston USA ni . 

Jika dengan menjadi Ahli Parlimen sudah memadai untuk dilantik menjadi pengerusi Organisasi bertaraf dunia ini, maka tak perlulah lagi kita bersusah payah menuntut ilmu berkaitan ekonomi,pengurusan perniagaan,pelaburan..Cukup hanya menjadi Ahli Politik dan pandai membodek sudah mampu untuk kita diangkat ke jawatan yg besar ini...

Lepas ni, confirm duit Tabung Haji akan lebih terjamin & 'BERSIH' di tgn Azeez rempit



KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat memohon penjelasan kerajaan berhubung dakwaan bahawa Tabung Haji akan menjual ladang kelapa sawitnya seluas 83,000 hektar di Riau, Indonesia.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) berkata, langkah tersebut dibuat dalam keadaan tergesa-gesa dan menimbulkan kecurigaan.

"Tindakan ini mencurigakan kerana tidak ada penjelasan daripada Tabung Haji dan Jabatan Perdana Menteri kenapa aset yang begitu berharga dijual dalam keadaan terdesak," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.

Menurut Husam, penjualan ladang tersebut akan menjejaskan caruman pencarum Tabung Haji yang majoriti terdiri daripada orang Islam.

Ketika ini, ladang tersebut memberikan pulangan sejumlah RM3juta sehari kepada Tabung Haji.

"Kami difahamkan langkah penjualan ini dibuat secara tergesa-gesa kepada satu syarikat yang dimiliki Tan Sri Robert Kuok," katanya yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Beliau juga tidak menolak langkah ini diambil setelah usaha menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia tergendala.

"Kami berpandangan ini langkah terdesak BN untuk cash out aset-aset yang dimiliki oleh agensi atau perbadanan melibatkan kepentingan negara dan orang ramai.

"Dan ini mungkin langkah kedua setelah langkah mereka dalam penyenaraian FGVH tergendala," katanya.

Tuesday, November 5, 2013

Azeez Rahim Susu Basi Punca BN Kalah di Sg Limau

PRK Sg Limau BN kalah walaupun peluang sebelum ni dikatakan cukup cerah untuk BN. Diaorang dabik dada ke hulu hilir kata akan menang. Tapi keputusan semalam menidakkan segalanya. Terima kasih pada Azeez Rahim. Tin susu basi atau tamat tempoh mungkin jadi salah satu sebab BN kalah. Elok elok BN boleh menang tiba tiba peratus yang sepatutnya boleh menangkan BN tu mungkin naik menyampah dengan isu susu tin tamat tempoh hasil dari sikap 'dermawan' Azeez Rahim bagi barang barang second class untuk orang kampung. Sekarang rasa lah akibat dari perbuatan 'dermawan depan kamera' . Elok lah UMNO simpan orang macam ni lama lama dalam parti.  Mudah sikit nak tersungkur. Lepas tu boleh la ganti Azeez Rahim tu dengan orang lain dalam Tabung Haji. Yang ganti tu pulak siasat hingga ke akar umbi berapa banyak penyelewengan dah berlaku selama Azeez jadi pengerusi tabung haji tu. Akhir kalam, PAS patut bagi penghargaan khas pada Azeez Rahim sebab bagi diaorang point untuk menang.

Thursday, October 31, 2013

Azeez Rahim : Walaupun telah luput tarikh ia masih boleh digunakan dalam tempoh dua minggu lagi

Sudah terkantoi dengan isu susu tamat tempoh , Azeez Rahim mula memberikan macam-macam alasan , malah dia berani kata cerita satu tin susu tamat tempoh pun nak dijadikan modal oleh PAS dalam kempen pilihanraya . Wahai Azeez, sedar lah kalau orang yang guna tin susu tu tak tengok tarikh luput , sakit perut atau keracunan makanan dan masuk hospital apa engkau nak jawab ? Jangan berdalih dengan macam-macam alasan , kes tin susu tamat tempoh pun lu boleh terlepas pandang macam mana pulak dengan pengurusan tabung haji ?


Secara teknikal 2 minggu boleh pakai lagi ?? Puiii lu belajar teknikal kat mana Azeez ? Jangan merepek la , itu kalau orang percaya lu punya statement , orang guna dan masuk hospital lu nak bertanggungjawab ka ?



Ini apa yang Azeez kata bila Astro Awani interview ;

"Susu pekat tersebut adalah untuk kegunaan jentera pilihan raya kecil yang berkampung di Rumah Baling. Saya tidak tahu bagaimana ia boleh terlepas." jelas Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ketika dihubungi Astro AWANI.

Susu pekat tersebut dikesan telah pun luput tarikhnya pada 26 Oktober yang lalu dan ianya dikatanya mengejutkan penerima berkenaan. Tambah Azeez lagi, 

"Sekiranya susu pekat tersebut telah pun luput tarikh, buangkan saja. Ia bukannya untuk dijual. Lagipun secara teknikal barangan dalam tin walaupun telah luput tarikh ia masih boleh digunakan dalam tempoh dua minggu lagi."


Punya nak menegakkan benang yang basah Azeez bagi macam-macam alasan . Tak sakit hati ke ? Dia siap kata kalau susu tamat tempoh buang saja , soal nya pasal buang atau tidak , ni buat apa lu nak aniaya orang-orang kampung dengan tak periksa lebih dahulu tarikh luput ? Nak glamour pun berpada-pada lah ... nak tunjuk lu warak , bantu orang-orang miskin , dan macam-macam propa la, lu ingat orang tak tau ka dengna lakonan. Sudah-sudah lah Azeez , ramai yang sebenarnya makin meluat bila lu dapat jadi Pengerusi Tabung Haji tu ... lu jilat PM kuat, bukan orang tak tau..

Tuesday, October 29, 2013

Sedekah Barang Tamat Tarikh Luput , Azeez Rahim Punca UMNO Tergolek di Sg. Limau ?


Terbaru pasal Azeez Rahim betul-betul bikin gua panas . Lu nak membantu orang kampung di Sg. Limau tu bantu je lah , tapi yang lu bagi barang-barang expired dan berkarat buat apa ? Lagi satu nak bantu kenapa perlu ada gambar lu pelbagai ? Tak cukup-cukup ke lu promote diri sendiri ke hulu ke hilir . Azeez Rahim sudah-sudah lah dengan lu punya lakonan . Tolong orang tapi bagi barang tak ada kualiti . Untung lah orang PAS tu nampak dan sebar cerita ni kat Facebook , terima kasih Azeez Rahim kerana sebab lu PAS akan menang kat Sg. Limau . Lain kali bersedekah lagi barang-barang yang dah outdated , luput tak berkualiti . Lu simpan untuk diri sendiri barang yang bagus-bagus. Rakyat makan belen-belen saja . Buat jasa kalau nak kan sesuatu yang lain seperti jawatan atau projek atau seumpamanya memang tak kekal . Gua memang cukup menyampah tengok lu berlakon depan wartawan bila cakap kononnya sendiri cakap hati baik . Sekarang BN UMNO bakal terlungkup di Sg. Limau , terima kasih lahhh Azeez Rahim . Bila lagi lu nak berenti jadi Pengerusi Tabung Haji ?



PAS pun dah buat press conference minta Azeez Rahim pohon maaf . Buat malu kaum saja la Azeez ni , lu sudah kantoi . Dari maklumat yang diterima Azeez pun mengaku dia bagi bekalan tamat tempoh tu . Azeez Rahim , benda kecikkkk macam ni lu tak boleh handle , macam mana mau handle benda besar macam Tabung Haji tu ? Cepat-cepat la letak jawatan

Monday, October 28, 2013

Buat Kerja Amal Kena Ada Kamera & Wartawan - Azeez Rahim the 'Superstar'

Musim haji dah nak habis tak lama lagi , kita ni dok tertunggu-tunggu bila la si Pengerusi Tabung Haji Azeez Rahim nak letak jawatan . Bro Azeez , kalau betul lah nak sangat jawatan , lu pi kowtim dengan PM masukkan dekat GLC yang lain , bukan tabung haji . Nampak cerita pasal lu tolong orang sana sini , ada ja masuk suratkhabar, blog , instagram dan macam2 lagi . Azeez ni memang dah ada reporter dan blogger upahan ka nak buat liputan bila dia pi bagi bantuan kat orang ? Aku memang cucuk meluat dengan perangai orang hipokrit , nak tolong buat la secara ikhlas . Ni tunggu reporter , blogger ada depan mata baru lu berlakon . Lu director lu lah pelakon lu lah hero ... orang-orang semua terkagum dengan lu punya penipuan .



Dah jadi pengerusi Tabung Haji berapa bulan Azeez Rahim ?? Sepanjang jadi pengerusi lu buat apa ? Takkan promote buta ja ? Atau dapat gaji buta Tabung Haji bulan-bulan ? Kita tau banyak orang guna jalan belakang guna lu untuk pergi haji , orang yang sepatutnya dapat pi haji , tak boleh pi sebab lu sudah atur . Dey tak aci lah macam ni machaa .

Tugas pengerusi Tabung Haji macam tu saja ka ? Duduk kerusi empuk , sembang dekat orang kampung macam ketua kampung . Posing depan kamera , pi ikut lawatan luar negeri . Kalau macam ni lah orang nya yang mengetuai Tabung Haji , nampak sangat korup ni dah berleluasa di negara ni . Yang tak layak di lantik jadi pegerusi . Tabung Haji buang duit la bagi elaun pengerusi dekat Azeez ni , apa hasilnya setakat dia jadi Pengerusi Tabung Haji ? Yilek !! Sudah-sudah la tu , bukan kita tak tau Azeez ni ada cita-cita besar , kejar lah cita-cita ko tu sampai hujung angkasa , tapi mohon jauhkan diri dari Tabung Haji . Ramai betul gelabah bila tau lu dilantik jadi Pengerusi , tolonglah .. sebelum gambar SPA tu tersebar.

Saturday, October 26, 2013

Azeez Rahim Sila Letak Jawatan : Tak Risau Hasil Duit Haram Mungkin Masuk Dalam Akaun Tabung Haji ?

Azeez Rahim menang jawatan MT UMNO ! Biasalah tu , dia memang pandai buat propa yang dia ni memang pemimpin hebat dalam UMNO bantu rakyat dan macam-macam lagi . Tapi lantak lah , pedulikan semua tu , UMNO nak melingkup dengan pemimpin macam tu aku tak peduli , yang aku risau bila dah dapat jawatan dalam MT UMNO tu makin galak lah Azeez dengan jawatan dia sebagai Pengerusi Tabung Haji tu. Bila nak lepas jawatan Azeez oiii ... ambik la jawatan lain , jangan duduk dalam Tabung Haji tu . Sekarang orang ramai perli kata ada Azeez ni adalah LEMBAGA HITAM dalam Tabung Haji .


 Ramai yang tahu perangai Azeez cukup risau kalau si LEMBAGA ni duduk lama-lama di sana , jadi Pengerusi pulak tu. Parahhh memang parah . Rakyat yang tahu perangai sebenar Azeez ni bukan nak mendengki sangat dengan dia , cuma dia punya lakononan cukup buat orang marah . Upah photographer, blogger, facebooker, twitter dan macam-macam err lagi untuk naikkan imej dia . Kena pastikan ada kamera snap gambar dia tengah buat kerja , lepas tu macai-macai ni akan upload dalam FB , Blog , Twitter masing-masing kononnya Azeez ni jiwa rakyat.

Tak kesah lah dia nak berlakon ka nak betul ka , elok lah dia tumpu pada kerja-kerja amal tu saja sebab Tabung Haji tak sesuai untuk dia . Tabung Haji ni boleh kata antara institusi besar dalam negara ni jugak lah , setaraf FELDA dan PETRONAS . Cuba bandingkan latar belakang pendidikan Pengerusi FELDA dan PETRONAS dengan pengerusi Tabung Haji , bikin malu orang Islam kat Malaysia ni saja lah . Takkan lah Pengerusi nak kena kencing dengan anak-anak buah .

 Pengerusi tak faham ekonomi kena gebang dengan anak buah , kena bodoh dengan anak buah , last-last mengangguk aja . Beli property sana sini yang kononnya menguntungkan. Duit Tabung Haji dia orang Islam , duit halal . Bayangkan beli hartanah kat London , penyewa buka Bar, Kedai Arak , atau mungkin sekali tempat aktiviti maksiat di jalankan , apa cerita tu ?? Duit sewa tu Tabung Haji kutip .... tu duit dari sumber halal ke haram ???

Tuesday, October 8, 2013

DALAM SEJARAH PERTAMA KALI PENGERUSI TABUNG HAJI TAK PERGI HAJI - AZEEZ RAHIM


Ceita terbaru pasal  Azeez Rahim, dalam sejarah pertama kali Pengerusi Tabung Haji tak pergi Haji, hmmm...entahlah  apa akan jadi dengan Tabung Haji lepas ni, korang nak sangat kan dia jadi pengerusi Tabung Haji.. hmm... tapi yang pelik tu  Jamil Khir pergi Azeez Rahim tak pergi???  nampaknya Azeez Rahim ni bukan pilih kebajikan tapi lebih pentingkan  politik. Azeez Rahim hanya fokus pada pemilihan MT dan bahagian. Apa gila pengerusi Tabung Haji tak pergi haji.


APA KATA ANDA

Monday, October 7, 2013

Azeez Rahim Tak Layak Jadi Pengerusi Tabung Haji - Edisi Kantoi !!! Berapakah gaji Azeez di Pengerusi Tabung Haji ???


Azeez Baling sah dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji seperti diceritakan sebelum ini [di sini] dan berkuatkuasa sehingga hari ini. Dia menggantikan Tan Sri Abi Musa Asaari Mohamed Nor yang telah berkhidmat sejak Ogos 2007. Kalaulah Tabung Haji tak tentu hala selepas ini, hanya perlu salahkan Najib.





Tersebar di blog, baca ruangan komen “Tabung Haji gets new Chairman? ” di blog Rocky’s bru, Azeez hanya memiliki SPM? Betulkah? Bagaimana yang hanya memiliki SPM boleh menjadi Pengerusi Tabung Haji? Kalau salah, Azeez boleh sebutkan sendiri kelayakan akademik yang beliau miliki.


Lagi perkara menarik, berapakah gaji Pengerusi Tabung Haji yang mengurus berbillion duit umat Islam Malaysia. Kalau sebelum ini Mahfuz Omar mendedahkan dan mempersoalkan bagaimana Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail, yang berstatus kontrak, boleh memperolehi gaji sebesar RM85,000 sebulan. Tentulah gaji Azeez lebih besar dengan hanya kelayakan sebagai pembodek Najib. Insyaallah…rakyat semakin menyampah!!

Azeez juga Pengerusi anak syarikat Tabung Haji iaitu TH Real Estate LLC dan Ahli Lembaga Pengarah Theta Edge Berhad yang juga anak syarikat Tabung Haji, yang tentu ada habuannya.


Najib menggenapkan transformasi yang ingin dilakukannya. Ghani Othman (Lim Kang Hoo)/Sime Darby, Ng Yen Yen (and family)/Tourism Malaysia, Rafidah Aziz/Air Asia, Ali Rustam/LADA, and Now Azeez Rahim (Ismee/Jasmi/Azizan/Sheikh Akmal)/Tabung Haji.

PM Najib pandai kongsi, asalkan pandai membodek!!

Tuan-puan tunggulah 5.5% dividen setahun. Ada RM1000, dapat RM55 setahun, besar tu!!!

Kelab Putera 1Malaysia Presiden Abdul Azeez dan Azeez Rahim Putera UMNO.
Sumber 1 Ekeleh & Sumber 2 MRM

Saturday, October 5, 2013

Azeez Tak Layak Jadi Pengerusi Tabung Haji - Azeez Bukan Saorang MELAYU , Dia Saekor EEEE ...


AZEEZ IALAH SAEKOR EEE
BUKAN SAORANG MELAYU
kelmarin tukar tiub dibuktikan betul
tukar tiub dibuktikan tepat
apa yang ditulis oleh tukar tiub menjadi kenyataan

bagitu lama sekali tukar tiub
telah berkempen menerangkan
makhlok eee yang menyamar sebagai melayu

kelmarin diparlimen
saekor eee bernama azeez
telah membuktikan bahawa
dirinya sabenarnya saekor ee
yang selama ini menyamar sebagai melayu

kelmarin diparlimen
terhambur keluar dari mulut ee ini
bahasa tamil bukan bahasa melayu


untuk pertama kalinya dalam sejarah parlimen
saekor ee telah bersuara

jangan silap faham
yang kita tentang bukan kulit ee yang leegam

siva rasa
ambiga
dr jeya
semuanya berkulit hitam
mereka bukan ee
mereka tidak memiliki krisis jati diri


yang wajib kita semua lawan bukan warna kulit
yang kita lawan ialah perangai mereka
perangai mengaku melayu

yang wajib kita lawan
ialah mereka menyamar sebagai melayu
membuat onar atas nama melayu

eee bukan melayu
eee ialah satu jenis hidupan
yang telah hilang akar umbi
yang tidak berbudaya
yang tidak ada jati diri

secara opurtunis ee menyamar  menjadi melayu
di pulau pinang eee buat onar
atas nama melayu


600 tahun dahulu
tun seri lanang dalam salatul salatin
dalam sejarah melayu
telah memberi ingatan kepada anak cucu cicit
tentang apa yang berlaku dalam kerajan  melayu melaka
kitul dan keling mendeliar telah membuat onar
telah menabur fitnah
hingga memporak perandakan kerajaan melaka

kita wajib belajar
wajib membaca kembali
apa yang ditulis oleh tun seri lanang
untuk menjadi panduan
mendirikan negara bangsa

NOTA

jumpa ular
jumpa eee
ketuk kepala madeey dulu
kah kah kah

Bahan dipetik dari TUKAR TIUB,KLIK SINI

Thursday, October 3, 2013

Azeez Rahim Tolong Jawab Status Pelaburan Tabung Haji Dalam dan Luar Negara !!!


Dalam laman web korporat Tabung Haji , ada kenyataan berikut ditulis di bawah “Maklumat Am Pelaburan”. Di dalam mengendalikan aktiviti pelaburan, pihak pengurusan Tabung Haji sentiasa mengamalkan dasar pelaburan berhati-hati dan berhemat. 

Setiap aktiviti yang dijalankan oleh syarikat-syarikat terlibat akan sentiasa diawasi bagi memastikan ianya halal dan menguntungkan dan berdaya maju. Kita mengharapkan Pengerusi Tabung Haji yang baru Azeez Rahim dapat memaklumkan status pelaburan Tabung Haji di syarikat-syarikat berikut, kalau Azeez Rahim tak reti nak jawab baik dia jangan jadi Pengerusi Tabung Haji dan digantikan saja dengan orang lain. 

1. Petra Perdana
2. Ramunia
3. Silverbird
4. KFC Holdings 
5. Lityan Holdings 

Salah satu polisi pelaburan Tabung Haji ialah HALAL dan MENGUNTUNGKAN . Adakah syarikat-syarikat di atas dah bagi keuntungan pada Tabung Haji ? 

Ingat itu duit orang-orang Islam nak ke Mekah . Azeez Rahim sebagai pengerusi Tabung Haji tolong la jawab soalan-soalan bersifat korporat ini . Hang sebagai Pengerusi Tabung Haji patut tau benda-benda macam ni . Tak salah kalau nak berlagak atau berlakon baik macam penghulu-penghulu kat kampung-kampung jaga kebajikan orang-orang susah , tapi tanggungjawab sebagai pengerusi di badan korporat jangan lupa. 


Kami juga nak tanya Azeez Rahim pasal pelaburan-pelaburan hartanah di luar negara , apa keuntungan yang dah diperoleh sekarang ? Tolong sertakan dokumen-dokumen dan bukti-bukti yang menyokong. Jangan pakai air liur je . 

Kalau tak faham tolong tanya sahabat hang si Ismee tu ... jangan ‘hanky-panky’ sesama sendiri pulak. 
1. Pelaburan hartanah di London yang berjumlah 165 million pound (tamat pembinaan hujung September 2013) 
2. Pelaburan hartanah di Mekah, Madinah, Jeddah, Arab Saudi 
3. Status keuntungan yang di buat dengan penyewaan (25 tahun) Hajar Tower Hotel di Mekah ,dan penyewaan (10tahun) Movenpick Hotel di Madinah 

Aku nak komen pasal pelaburan hartanah bangunan komersil di London ni , tentulah akan ada penyewa-penyawa, lot2 dalam bangunan tu menjalankan perniagaan . Persoalan sekarang ialah jenis perniagaan yang dijalankan mereka tu ‘halal toyibban’ ke ? 

Mana lah tau ada yang nak sewa lot di situ buka bar jual arak , tempat disko , atau hotel tempat maksiat. Azeez Rahim tolong jawab sebab hang dah jadi pengerusi Tabung Haji mesti kena pandai jawab . Takkan duduk kat atas setakat posing korporat ja ?

Tuesday, October 1, 2013

Azeez Rahim Tak Layak Jadi Pengerusi Tabung Haji - Beli Ijazah Palsu Untuk Sembunyikan 'SPM'


Salam pembaca semua , blog ini ditulis bukan bersifat politik tetapi lebih kepada kepentingan umat Islam di negara ini , terutama yang menyimpan di Tabung Haji . Blog ini adalah kesinambungan blog Jom Tolak Azeez Rahim yang pernah ditulis sekitar tahun 2010 dahulu . Perlantikan Azeez Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji baru-baru ini menimbulkan kerisauan di kalangan ramai orang Islam , baik yang berada dalam PAS , UMNO dan PKR . Malah orang-orang yang rapat dengan Azeez Rahim dan tahu sejarah beliau pasti cukup marah dengan berita perlantikan beliau sebagai Pengerusi Tabung Haji yang baru .

Soal setinggi mana pelajaran Azeez merupakan salah satu isu perlantikan beliau . Masakan seseorang yang tak pernah ambil SPM boleh memegang jawatan dalam salah satu institusi penting dalam negara ? Pengerusi Tabung Haji yang pertama ialah Prof Ungku Aziz , dia dah letakkan satu 'benchmark' yang agak tinggi bagi individu yang sepatutnya menarajui Tabung Haji , ironik sekali bila Azeez yang tak pernah lulus SPM tiba-tiba dilantik menjadi pengerusi . Mungkin untuk menutup kelemahan peribadi yang tak punya pelajaran tinggi, Azeez Rahim membeli ijazah dari sebuah universiti dari US iaitu University Preston.

Azeez Rahim berlagak dengan ijazah yang dibeli itu . Malah ijazah beli itu turut dipertonton dalam laman web Tabung Haji bila Azeez Rahim sebelum ini dilantik menjadi salah seorang lembaga pengarah. Namun setelah kantoi yang University Preston dari USA ni tak wujud (seperti yang dijelas dalam banyak laman blog sebelum ini) , Azeez Rahim cepat-cepat buat 'damage control' dengan meminta web master laman web Tabung Haji memadamkan kelayakan beliau dari Universiti Preston itu . Jadi inikah integriti yang ada pada seorang yang bergelar pengerusi Tabung Haji ? Menipu semata-mata nak menaikkan imej beliau di mata rakyat dan pemimpin-pemimpin kerajaan !




Saturday, September 28, 2013

Azeez Rahim Tak Layak Jadi Pengerusi Tabung Haji - Azeez Rahim Perosak Pemikiran Najib


Cita-cita Azeez Rahim, Ahli Parlimen Baling, untuk menjadi Pengerusi Tabung Haji telah tercapai.

Tabung Haji di dalam satu kenyataan akhbar berkata: "Azeez dikenali sebagai yang berwawasan dan mempunyai visi yang luas dalam bidang perniagaan serta pembangunan sosio-ekonomi komuniti sejagat."
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130701/dn_39/Abdul-Azeez-dilantik-Pengerusi-Lembaga-Tabung-Haji

Di kalangan pemimpin Umno, ramai yang memperkatakan mengenai Azeez dan hubungan akrab beliau dengan Rosmah Mansor.

Walaupun para blogger pro-Umno cuba menegur Perdana Menteri supaya memikirkan semula cadangan beliau untuk melantik Azeez sebagai Pengerusi Tabung Haji, jelas sekali teguran ini tidak dipedulikan oleh Najib Razak.

Kita sudah mula merasakan ada yang tidak kena dengan Najib - cara beliau membuat keputusan.

Lihat saja Kabinet beliau, rata-rata mengatakan inilah barisan Kabinet yang paling buruk pernah diketengahkan kepada rakyat.

Kali ini, pasal pemilihan UMNO, Abdul Azeez percaya, beliau akan mempertahankan jawatan ahli MT menarik perhatian bagaimana cabaran menghadapi pilihan raya umum ke-14, yang dijadual pada 2017/2018 lebih getir dan mendebarkan.

Sudahlah pegang dengan jawatan Pengerusi TH dan sekarang pula mahu jawatan ahli MT, pasti ini semua telah dirancang untuk keuntungan mereka.

Blogger Big Dog pernah mempertikaikan kesahihah kelulusan akademik Azeez yang dikatakan mempunyai MBA dari Preston Universiti padahal ramai mengetahui Azeez tidak berpelajaran dan dahulu adalah penjual kereta terpakai.
http://bigdogdotcom.wordpress.com/2013/05/

Jika di mata Najib, Azeez adalah pilihan paling baik untuk memimpin Tabung Haji yang mempunyai dana melebihi RM37 bilion, maka kita kini berhak merasa sangsi samada Najib adalah pemimpin paling layak sekarang ini untuk memimpin negara.

Persoalannya adakah semua itu untuk bangsa dan negara atau untuk kepentingan sendiri???

Thursday, September 26, 2013

Azeez Rahim Tak Layak Jadi Pengerusi Tabung Haji : Gagal Urus Tabung Haji


Minggu ini mungkin minggu yang paling sibuk untuk Ahli Parlimen Baling, Datuk Azeez Rahim yang juga Pengerusi Tabung Haji.

Pertama, pemilihan UMNO dimana Azeez sedang mengintai peluang mengekalkan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi dan kedua musim haji yang telah bermula dimana Azeez sebagai Pengerusi Tabung Haji yang baru begitu 'sibuk' dengan kebajikan keluarga jemaah disini, terutama yang meninggal dunia semasa mengadakan upacara tersebut di Mekah.

Setakat artikel ini ditulis, 2 jemaah haji telah pun meninggal dunia semasa mengadakan upacara haji dan kesempatan ini nampaknya digunakan sepenuh oleh Azeez Rahim untuk mendapat 'sport light' media bagi dirinya sendiri dengan kononnya membantu keluarga jemaah berkenaan.

Antaranya, menawarkan kuota haji untuk isteri dan anak lelaki seorang jemaah yang meninggal baru-baru ini.

Sebelum orang mempersoalkan aku, biar aku jelaskan disini, 'kebaikan' ini tidak pernah dilakukan mana-mana Pengerusi Tabung Haji sebelum ini, dan apa yang dibuat Azeez ini adalah yang pertama seumpamanya.

Pakatan Rakyat yakin, tindakan Azeez memberikan kuota haji kepada waris jemaah berkenaan, adalah satu salahguna kuasa yang terang dan nyata sebab tidak mungkin ianya berlaku secara kebetulan.

Ramai lagi rakyat Malaysia ini (aku difahamkan ada lebih 1 juta orang) yang masih belum menunaikan haji, diketepikan hak mereka untuk membuka jalan kepada  2 orang ini, hanya sebab Pengerusi Tabung Haji yang baru, 'simpati' kerana ayah dan suami mereka meninggal semasa mengerjakan haji musim ini.

Faham?


Tak faham, nak bagi jelas lagi, tahun depan, akan ada 2 orang jemaah haji dari negara ini yang sepatutnya dapat ke Mekah, tapi dinafikan hak mereka oleh salah guna kuasa Azeez yang kemaruk nak kekal dalam MT UMNO.

Wajarkah tindakan ini?  Yang mati dah tentulah mati, kenapa yang hidup pulak perlu menanggung kesengsaraan kerana kuota mereka digunakan untuk kepentingan peribadi Azeez?

Dan kita perlu ingat, ini baru melibatkan satu jemaah, khabarnya keluarga satu jemaah lagi itupun, Azeez nak buat tindakan yang sama juga - beri kuota.  

Penyudahnya, di akhir musim haji ini, agaknya berapa ramai jemaah yang mati dan berapa ramai pulak kalangan ahli keluarga mereka yang akan dihantar ke Mekah oleh Azeez?

Tunggu dan lihat.

Pakatan Rakyat sudah pasti tidak akan lepaskan Azeez begitu saja.  Tindakan lanjut akan ditentukan pada bila-bila masa dalam minggu ini.

Tuesday, September 24, 2013

Azeez Rahim Tak Layak Jadi Pengerusi Tabung Haji - PAS Kritik Perlantikan Azeez Jadi Pengerusi


PAS mendesak kerajaan menjelaskan kriteria serta syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk pemilihan seseorang bagi memegang jawatan Pengerusi Tabung Haji.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang ditemui di lobi parlimen berkata, perkara itu amat penting kerana Tabung Haji merupakan tabung amanah yang dipertanggungjawabkan oleh penyimpan (orang Islam) untuk diuruskan dengan lebih baik.

"Kita tidak mahu isu yang dibangkitkan sebelum ini berkenaan Tabung Haji ini berulang kembali, amanah rakyat perlu ditunaikan bukannya mengkhianati," ujarnya

Naib Presiden PAS itu turut mepertikai tindakan kerajaan seolah-olah menggunakan konsep 'tangkap muat' dalam mengisi jawatan-jawatan penting di dalam syarikat milik kerajaan (GLC).

Menurutnya lagi, tindakan itu umpama ‘balasan’ kepada ahli parlimen yang tidak dilantik sebagai timbalan menteri atau menteri bagi ‘membantu’ mereka menambah pendapatan.

"Saya tidak mempertikaikan lantikan dari kalangan ahli-ahli parlimen tetapi yang penting adalah ketelusan serta syarat-syarat wajib bukannya sebagai balasan akibat tidak dilantik mengisi jawatan dalam kabinet.

"Kebimbangan saya adalah apabila kita tidak membuat satu tapisan, sudah pasti hala tuju Tabung Haji itu masih lagi berada dalam keadaan yang samar.

"Kita perlu melihat bagaimana Tabung Haji dibentuk peringkat awal, susah payah mereka yang terlibat pada peringkat sekarang dan masa akan datang. Perkara ini bukannya boleh dipandang mudah, misi dan visi perlu jadi agenda utama," sambung beliau lagi.

Sunday, September 22, 2013

Azeez Rahim Tak Layak Jadi Pengerusi Tabung Haji - Azeez Rahim dan Janji Manisnya...


Selaku Pengerusi Idiqa Holding Sdn Bhd, Azeez telah membelanjakan 18.15juta bagi membayar pendahuluan pampasan kepada 363 bekas peneroka tersebut yang berjumlah RM50,000 seorang.

Umum semua maklum yang mana Azeez Rahim mula memegang jawatan sekalu Ketua UMNO Bahagian Baling pada November 2008. Jika dihitung sehingga sekarang, sudah mengjangkau setahun lima bulan Jawatan Ketua UMNO Bahagian Baling disandang oleh Azeez Rahim. Rata-rata janji-janji Azeez Rahim kepada penduduk di Baling masih samar-samar. Jika ingin dirungkaikan janji-janji Azeez ini mungkin seminggu pon tidak habis di cakap.

Berikut adalah beberapa janji-janji Azeez Rahim yang cukup menjadikan Azeez Rahim cukup dimarahi oleh orang UMNO sendiri:

1) Membina Banggunan Baru 7 tingkat UMNO Bahagian Baling.

2) Member elaun kepada Semua Ketua Cawangan yang bukan JKKKP sebanyak RM450 sebulan.

3) Membawa semua Ketua Cawangan menunaikan Haji.

4) Membawa Semua Ketua Cawangan menunaikan Haji.

( janji ini sudah sebanyak 2 kali katanya)

5) Membawa Semua Ketua Cawangan menunaikan Umrah.

6) Membina Kawasan Perindustrian untuk anak-anak Baling bekerja.

7) Membina Universiti Pertanian di Baling.

Banyak lagi janji-janji Azeez Rahim yang terus membelenggu Masyarakat Baling. Jika Azeez Rahim ikhlas dalam membantu masyarakat di Baling, dimana janji-janji Azeez ini semua. Berapa juta yang dia ikhlas laburkan di Baling untuk pembanggunan Baling? Apa yang Azeez Rahim lakukan hanyalah kerana untuk menaikkan namaya sahaja di mata DS Najib Tun Razak. Di Baling hanyalah bantuan beras sepeket, gula sekilo, kopi saja yg selalu disumbang di Daerah Baling bagi membantu org-org di sini. Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan..

Dek kerana ingin menonjolkan diri kepada DS Najib Tun Abd RAzak, Azeez Rahim bersungguh-sungguh membantu sehingga Rm18.15juta dihabiskan dek kerana ORANG LUAR dalam tempoh 9 hari sahaja. Janji-janji di Baling hanya janji tinggal janji. Beterpatan dengan slogan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan telah menjadi Rakyat Luar Didahulukan Rakyat Baling Diperbodohkan.

Selepas ini pencacai-pencacai Azeez Rahim di Baling akan memuji Azeez Rahim tinggi-tinggi kerana Azeez Rahim membantu ORANG LUAR. JTAR mencabar pencacai-pencacai Azeez Rahim cuba mendesak Azeez Rahim melunaskan janji-janjinya di Baling dalam tempoh 10 hari. Di depan DS Najib, Azeez boleh laksanakan kenapa tidak di belakang DS Najib?

Thursday, September 19, 2013

Azeez Rahim Tak Layak Jadi Pengerusi Tabung Haji - Azeez Rahim 'Sailang' Tan Sri Ismail Omar Jadi Pengerusi Tabung Haji


The Malaysian Insider menyebut yang Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi Tabung Haji mendapat kritikan keras kerana hanya mempunyai pendidikan sekolah menengah dan mendapat jawatan itu hanya kerana hubungan baik dengan keluarga Najib untuk menjadi Pengerusi menguruskan dana RM35 bilion TH.

Kalau bukan Azeez, Tan Sri Ismail Omar disebut-sebut untuk jawatan itu.
Azeez Baling juga menyebut supaya dirinya diberi peluang,
  
 “Saya merayu kepada semua yang kritik beri peluang kepada saya terlebih dahulu berkhidmat sebagai Pengerusi Tabung Haji sebelum membuat penilaian”

    “Saya anggap semua kritikan tersebut sebagai kritikan membina. Fokus utama saya adalah untuk menjaga kebajikan jemaah haji dan umrah”

    “Hala tuju perniagaan Tabung Haji saya fikir sudah baik.

    “Kita mempunyai ahli lembaga pengarah yang berkaliber seperti Datuk Othman Mahmood yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), jadi dari segi perniagaan saya dah tak perlu bimbang sangat.” – TMI

Entah apa sebabnya dia dilantik sebagai Pengerusi TH. Peluang untuk menyusutkan dana TH dan selepas ini pendeposit TH boleh berkira-kira tentang penyusutan dividen yang bakal mereka perolehi.

Kalau dah cara lantik pun tak betul bagaimana nak berkat!!

Takkan nak lepaskan peluang, rayulah minta diberi peluang. RM100 000 sebulan yang bakal diperolehi, takkan nak biarkan!!

Wednesday, September 18, 2013

Azeez Rahim Tak Layak Jadi Pengerusi Tabung Haji - Azeez Rahim Pengampu No.1 Negara

Sambungan dari Part 1...

Yang Salah ialah SIAPA Lantik AZEEZ RAHIM a.k.a Mr. 10percent.

Part 2



Isunya apakah Azeez lebih berintergeriti di mata Najib berbanding Syed Hamid Albar?

Dalam hal ini, ramai yang melihat perlantikan Azeez adalah permulaan kepada pendekatan Najib memberi ganjaran kepada Ahli-Ahli Parlimen BN yang diketepikan dalam pemberian jawatan kabinet selepas pilihanraya lalu. Sebelum ini Ahli Parlimen Mersing, Dr Latif Ahmad turut dilantik sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad dan khabarnya beberapa Ahli Parlimen lain akan mendapat berita gembira yang sama tidak berapa lama lagi, tambahan pula banyak GLC mempunyai kekosongan ketika ini.

Pemberian itu mungkin sebagai ganjaran dari sikap murah hati Perdana Menteri tetapi ramai juga yang melihat ianya sebagai pendekatan Najib untuk memastikan Ahli-Ahli Parlimen BN ini tidak berpaling tadah daripadanya jika berlaku sesuatu di Parlimen nanti.

Walaupun Azeez dilihat oleh banyak pihak tidak layak atau kurang sesuai menjadi Pengerusi Tabung Haji, mungkin kerana peribadinya, mungkin kerana karektornya, mungkin kerana pengalaman dan pengetahuannya dalam dunia korporat tidak mencukupi atau mungkin kerana 1001 sebab yang lain tetapi tidak menjadi kesalahan jika beliau melobi atau berhajat untuk menduduki kerusi itu.

Sebagai ahli politik, tambahan pula kini sudah menjadi Ahli Parlimen, Azeez mungkin mempunyai keinginan untuk meningkatkan taraf sosialnya di mata umum. Sama ada beliau melobi untuk mendapatkan jawatan itu atau kerana Najib memberinya sebagai suatu anugerah tanpa diminta, Azeez sebenarnya tidak boleh dipersalahkan dalam hal ini. Tidak salah beliau meminta atau menawarkan diri.

Yang perlu dipersalahkan ialah Najib yang melantiknya. Najib seharusnya tahu bahawa beliau sekarang menguruskan sebuah kerajaan dan pemberian sesuatu jawatan, sama ada menteri, timbalan menteri atau pengerusi GLC mestilah berasaskan kelayakan dan kebolehan seseorang itu. Perlantikan tidak boleh dibuat secara tangkap muat atau kerana seseorang penyokong setia atau juga kerana seseorang itu kerap mencium tangannya ketika bersalam.

Tidak semestinya semua kawan, penyokong setia dan mereka yang mencium tangan perlu diberikan jawatan dalam kerajaan kerana mereka ini boleh diberikan ganjaran dalam bentuk lain yang tidak menjejaskan prestasi atau kewibawaan kerajaan yang sedang dipimpinnya.

Pelantikan yang silap dan menjadi pertikaian umum akhirnya akan menjejaskan nama Perdana Menteri juga.

Tuesday, September 17, 2013

Azeez Rahim Tak Layak Jadi Pengerusi Tabung Haji - Azeez Rahim Pengampu No.1 Negara

Yang Salah ialah SIAPA Lantik AZEEZ RAHIM a.k.a Mr. 10percent.

Part 1
 

Perlantikan Azeez Rahim, Ahli Parlimen Baling dan Pengerusi Kelab Putra 1Malaysia sebagai Pengerusi Tabung Haji yang baru menjadi isu dan pertikaian kebanyakan orang. Banyak pihak dalam UMNO turut meluahkan rasa kurang senang dengan perlantikan itu, manakala yang mengenali Azeez pula ada yang tersenyum dan ada pula yang menggelengkan kepala sebaik mendengar berita itu.

Azeez yang juga dikenali sebagai Azeez Putra, Azeez Gaza dan macam-macam gelaran lagi adalah seorang aktivis UMNO yang rajin dan gigih. Bermula dengan mengetuai Biro Putra Pemuda UMNO Malaysia, kemudian menang sebagai Ahli MT UMNO dan menerajui Kelab Putra 1Malaysia pula, beliau bukan saja aktif dalam mendekati mat rempit tetapi juga aktif menghulurkan bantuan bila saja ada mala petaka menimpa.

Melalui Kelab Putra yang diterajuinya, beliau menjelajah ke seluruh dunia menghulurkan bantuan seperti di Indonesia, Thailand, Jepun dan banyak negara lain. Beliau juga membawa rombongan membawa makanan dan ubat-ubatan ke Gaza dan Palestin dalam misi kemanusiaannya.

Di dalam negara, beliau aktif menghulurkan bantuan. Asal saja ada kejadian buruk seperti banjir, tanah runtuh atau apa saja, kelibatnya pasti ada. Di Baling, kawasan di mana beliau berpolitik juga, sumbangannya diketahui dan dirasai oleh ramai orang.

Dalam politik UMNO pula, beliau dikenali sebagai orang yang rajin mencium tangan pemimpin dan membuatkan kehadirannya disedari. Ketika Pak Lah menjadi Perdana Menteri, beliau mempunyai hubungan yang rapat sehingga boleh bercakap melalui telefon. Di era Najib pula, hubungannya dengan keluarga Perdana Menteri lebih intim dan kemas. Dalam beberapa pilihanraya kecil, terutamanya pilihanraya kecil Ulu Selangor beberapa tahun dulu, beliau memainkan peranan menyelesaikan masalah peneroka Felda Sungai Buaya sehingga akhirnya calon BN Kamalanathan berjaya menewaskan calon PKR, Zaid Ibrahim.

Kerana hubungannya yang rapat dengan Perdana Menteri, dalam menjalankan misi kemanusiaannya melalui Kelab Putra ke perbagai negara, beliau dilihat agak mudah memperolehi bantuan dan sumbangan. Ketika berbual pula, pujiannya mengenai Perdana Menteri jarang terpisah dari bibirnya.

Dalam pilihanraya lalu, beliau menang di Baling menewaskan calon Pas, Najmi Ahmad walaupun ramai yang menjangkakan beliau akan tewas kerana calon Pas itu merupakan tokoh agama yang agak dikenali umum. Sementara perwatakan, perangai, latar belakang malah ijazahnya juga dipertikaikan, Azeez akhirnya berjaya menyumbang satu kerusi daripada 133 yang dimenangi oleh BN.

Selepas kemenangannya yang mengejutkan itu, ada juga yang meramalkan Najib akan melantiknya sebagai timbalan menteri kerana hubungannya yang rapat dengan Perdana Menteri.

Memang ramai yang mempertikaikan perlantikan Azeez sebagai Pengerusi Tabung Haji. Perlantikannya dilihat tidak sesuai dengan kedudukan Tabung Haji sebagai GLC yang besar, kukuh dan berkait rapat pula dengan rukun Islam kelima. Ramai yang melihat Tabung Haji lebih sesuai dipengerusikan oleh individu lain seperti bekas menteri atau bekas pegawai kanan kerajaan mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran dan pengurusan. Atau setidak-tidaknya bukanlah di kalangan mereka yang dipertikaikan banyak sisi kehidupannya.

Beberapa pemimpin UMNO pula mencadangkan agar perlantikan pengetusi GLC dibuat berdasarkan kelayakan dan track record seseorang dan tidak semata-mata sekadar mengisi kekosongan atau kerana ingin memberi ganjaran kepada seseorang kerana GLC seperti Tabung Haji berkait rapat dengan perniagaan, keuntungan serta ibadah, maka seseorang penerajunya mestilah seseorang yang berintergeriti tinggi dan tidak diperkatakan karektornya.

Sebelum ini bekas menteri, Syed Hamid Albar pernah diberi surat perlantikan sebagai Pengerusi Tabung Haji sebaik Najib menjadi Perdana Menteri tetapi kemudian dipujuk agar menolak dan memulangkan surat perlantikan itu berikutan adanya bantahan daripada pihak tertentu yang tidak menyukai Syed Hamid. Beliau kemudian diberikan jawatan Pengerusi SPAD atau Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.

Akan bersambung di Part 2......

Friday, September 13, 2013

Azeez Rahim Tak Layak Jadi Pengerusi Tabung Haji - Azeez Rahim Tempelak Najib Razak Dek Statistik Kongsi Gelap


Azeez Rahim Buat Bantahan Pada Najib



 Tiga kumpulan paling ganas


Putrajaya: Geng 04, Geng 08 dan Geng 36 disahkan kongsi gelap paling berbahaya dan aktif dalam jenayah keganasan antara 49 kumpulan samseng yang didedahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), seramai 28,926 ahli kongsi gelap membabitkan kaum India, Cina (8,214), Melayu (1,923)



JEDAH, SAUDI ARABIA : PRESIDEN TABUNG UMAT MELAYU DATUK SERI PANGLIMA AZEEZ RAHIM MELAHIRKAN RASA AMAT KECEWA DI ATAS PENGUMUMAN JUMLAH KUMPULAN KONGSI GELAP OLEH KDN ATAS PERKENAN PERDANA MENTERI. AZEEZ BERKATA SEPATUTNYA KDN PERLU JELASKAN SIAPAKAH SEBENARNYA KAUM INDIA ITU ??.


AZEEZ BERKATA SEPATUTNYA PM DAN KDN PERLU NYATAKAN LEBIH TERPERINCI SAMADA KAUM INDIA YANG TERLIBAT ITU TERDIRI DARIPADA KAUM INDIA MUSLIM ATAU KAUM INDIA HINDU. INI AMAT PENTING BAGI MENJAGA MARUAH KAUM INDIA MUSLIM DI NEGARA KETUANAN MELAYU INI.


BERDASARKAN LAPORAN YANG TELAH DIKELUARKAN OLEH KDN, SERAMAI 28,926 ORANG KAUM INDIA ADALAH AHLI KONGSI GELAP. INI MERUPAKAN SATU JUMLAH YANG AMAT BESAR. INI KERANA JUMLAH KAUM INDIA DI NEGARA INI BERJUMLAH 1,800,000 ORANG. INI BERMAKNA SETIAP 62 ORANG KAUM INDIA ITU ADA SAEKOR KONGSI GELAP.


AZEEZ MENDAKWA LAGI MEMANG TIDAK ADIL JIKA KERAJAAN PIMPINAN NAJIB MEMBUAT PENGUMUMAN SEBEGITU RUPA KERANA IA TENTUNYA AKAN MEMBERI PERSEPSI YANG BURUK KE ATAS KAUM INDIA MUSLIM DI NEGARA KETUANAN MELAYU INI.


AZEEZ RAHIM BERKATA DEMIKIAN KETIKA DITEMUI OLEH WARTAWAN AKHBAR 'JANJI LAWAN' DI. AZEEZ RAHIM SEDANG DALAM RANGKA LAWATAN SELAMA 3 HARI KE JEDAH BAGI MENINJAU PERSIAPAN UNTUK MENYAMBUT KEDATANGAN JEMAAH HAJI DARI NEGARA KETUANAN MELAYU TIDAK LAMA LAGI. AZEEZ RAHIM MENYERU KEPADA BAKAL-BAKAL JEMAAH HAJI KETUANAN MELAYU AGAR PAKAILAH BAJU MELAYU DENGAN SAMPIN KETIKA PERGI MENGERJAKAN IBADAH HAJI NANTI. AZEEZ BERKATA SEBAGAI WARGA NEGARA KETUANAN MELAYU KITA PERLU BERBANGGA DENGAN PAKAIAN TRADISIONAL KITA.

KETUANAN MELAYU??? ER?? BUKAN KENYATAAN DIATAS BUNYI MACAM AZEEZ TERASA JEE DENGAN PM DAN KDN. MAKLUMLAH ADE DARAH DARAH MAMAK KN...

kah kah kah..kah kah

Wednesday, September 11, 2013

Azeez Rahim Tak Layak Jadi Pengerusi Tabung Haji - Tahniah Azeez Semoga Dividen TH Bertambah!!!


Gambar dipetik di laman instagramnya

60 hari yang lalu, Azeez Rahim a.k.a Mr. 10percent telah menggantikan Tan Sri Abi Musa Asaari Mohamed Nor yang telah berkhidmat sejak Ogos 2007.

Kalaulah Tabung Haji tak tentu hala selepas ini, hanya perlu salahkan Najib.

Tersebar di blog, baca ruangan komen di blog Rocky’s bru, Azeez hanya memiliki SPM? Bagaimana yang hanya memiliki SPM boleh menjadi Pengerusi Tabung Haji? Kalau salah, Azeez boleh sebutkan sendiri kelayakan akademik yang beliau miliki.

Lagi perkara menarik, berapakah gaji Pengerusi Tabung Haji yang mengurus berbillion duit umat Islam Malaysia. Kalau sebelum ini Mahfuz Omar mendedahkan dan mempersoalkan bagaimana Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail, yang berstatus kontrak, boleh memperolehi gaji sebesar RM85,000 sebulan. Tentulah gaji Azeez lebih besar dengan hanya kelayakan sebagai pembodek Najib. Insyaallah…rakyat semakin menyampah!!

Azeez juga Pengerusi anak syarikat Tabung Haji iaitu TH Real Estate LLC dan Ahli Lembaga Pengarah Theta Edge Berhad yang juga anak syarikat Tabung Haji, yang tentu ada habuannya. Baca juga salah satu komen di bawah dari blog Rocky bru:

Azeez is also Chairman of Tabung Haji’s subsidiary, TH Real Estate (based in Saudi Arabia). TH Real Estate is basically a ZERO revenue company but Tabung Haji has been very generous. Not only the contract of THRE’s CEO was extended, he also got maximum pay raise – up from RM30k to RM70k currently and soon will explode to RM100k per month (his contract will expire end of the year). With total staff of only 5 people (1 CEO, 2 Malaysians and 2 Saudis), TH RE’s yearly cost for salary is already in excess of RM2 million!!!!! So Najib’s decision to appoint Azeez as Chairman of Tabung Haji is due to THRE’s sterling performance? No?

Najib menggenapkan transformasi yang ingin dilakukannya. Ghani Othman (Lim Kang Hoo)/Sime Darby, Ng Yen Yen (and family)/Tourism Malaysia, Rafidah Aziz/Air Asia, Ali Rustam/LADA, and Now Azeez Rahim (Ismee/Jasmi/Azizan/Sheikh Akmal)/Tabung Haji.

Tuan-puan tunggulah 5.5% dividen setahun!!!



Tuesday, September 10, 2013

Azeez Rahim Tak Layak Jadi Pengerusi Tabung Haji

Mamak ohh mamak...



Kenapa kerajaan lantik Azeez Mamak Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji ? 

Rukun Islam kelima kepada semua umat Islam di seluruh negara. Menunaikan Haji di tanah suci. Sekarang dengan perlantikan Azeez, siapa ada duit boleh menunaikan Haj, siapa yang tidak dapat bayar duit poket tidak akan dapat pergi.

TABUNG HAJI AKAN JADI EKSKLUSIF SEPERTI KEDAI ROLEX ATAU FERRARI. Rakyat biasa akan mula tolak Tabung Haji dan terpaksa menggunakan kemudahan yang lain untuk menunaikan Haji di tanah suci.

Kuota untuk Tabung Haji akan di pegang oleh Azeez Rahim supaya anak beranak, seluruh UMNO yang dia berhutang kepada boleh di lepaskan dengan memberi PERCUMA kepada mereka menunaikan Haj di tanah suci. Kesucian Agama kita sudah tercemar dengan perlantikan perompak ini sebagai pengerusinya. Bukan Presiden UMNO ini tidak tahu. Mesti dia sudah dapat laporan demi laporan penipuan ahli perniagaan Azeez ini kepada hampir semua pemimpin dalam UMNO dan di luar. Berapa ramai yang sudah terpedaya dengan dia ? Berapa ramai sudah di tipu dia ?

Adakah pemimpin UMNO yang lain hanya akan duduk dan jadi YES MAN seperti dalam pentadbiran Mahathir dan Pak Lah ? Adakah kesucian Haji sudah tidak bermakna lagi kepada teras kepimpinan UMNO sampai melantik seorang penipu perompak sebagai Pengerusi Tabung Haji di terima sebulat suara oleh mereka ?

Jangan sampai UMNO jadi pembangkang selepas Pilihanraya UMUM ke 14.

Sumber dari blog http://kedahku.blogspot.com/2013/08/rayuan-pada-najib-tarik-balik.html

Tuesday, September 3, 2013

Gesa Pengerusi Tabung Haji Pakai Baju Melayu Bersamping Di Mekah Dipermainkan

Aku baru pulang dari London melihat aset-aset Tabung Haji di sana. Balik je Malaysia terbaca satu artikel yang amat menarik mengenai Pengerusi Tabung Haji baru kita Azeez Rahim a.k.a Mr. 10percent.


Gesaan Pengerusi Tabung Haji (TH) yang baru, Datuk Abdul Azeez Rahim agar jemaah haji dari negara ini memakai baju Melayu bersamping ketika berada di Tanah Suci Mekah dipermainkan oleh pelbagai pihak.

Ia bukan sahaja dibawa bercakap antara satu sama lain di kedai-kedai kopi tetapi disyarahkan dalam majlis-majlis tazkirah oleh ustaz-ustaz yang biasanya menguruskan jamaah haji di negara ini.
"Bagi saya, ini gesaan bukan cadangan. Bila gesaan dari Pengerusi Tabung Haji, ia satu arahan," kata Ustaz Tarmizi Shamsul Arif (gambar) ketika memberikan kuliah di Surau At Taqwa, Taman Bertam Indah baru-baru ini.Video tazkirah beliau itu kini berlegar di alam maya di laman sosial YouTube.

Abdul Azeez baru-baru ini menggesa jemaah haji Malaysia memakai baju Melayu bersamping ketika ke Tanah Suci iaitu semasa pergi ke masjid atau menziarahi tempat-tempat bersejarah di sana.
"Pakaian kebangsaan itu adalah lambang kenegaraan dan kita juga boleh buat promosi pakaian tradisional negara," kata anggota Parlimen Baling, Abdul Azeez yang dilantik menjadi Pengerusi Tabung Haji 1 Julai lalu.
"Kita kat Malaysia susah nak pakai. Tuan-tuan pernah pergi zoo pakai Baju Melayu?...sakit jiwalah kadang-kadang memikirkannya," sindir  Ustaz Tarmizi sambil tersenyum sinis lalu tersandar ke kerusinya.
Menurutnya, jemaah haji biasanya memakai jubah atau baju lain yang sesuai semasa di Mekah kerana ia dikatakan pakaian sunnah dan juga sesuai dengan suasana tempat itu.
Bagi beliau, ini semua berlaku kerana orang yag bukan ahli duduk di kerusi berkenaan.

Sejak dari awal pelantikannya, Abdul Azeez di pertikaikan kredibilitinya untuk dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji.
Bukan sahaja pemimpin Pakatan Rakyat (PR) bahkan kalangan Umno sendiri tidak setuju dengan perlantikan Abdul Azeez.
Ketua Pemuda Umno bahagian Cheras, Datuk Syed Mehdhar Syed Abdullah antara yang mengkritik perlantikan Azeez.
“Rakyat keliru dan hairan, atas kriteria apa Perdana Menteri boleh melantik Abdul Azeez sebagai Pengerusi TH sedangkan ramai lagi tokoh yang lebih berwibawa dan mempunyai kelayakan termasuk bekas-bekas pegawai kanan kerajaan,” tegasnya.
Katanya, lembaga tersebut sepatutnya diterajui oleh mereka yang mempunyai latar belakang ilmu agama atau profesion yang berkaitan bagi memastikan arah tuju Tabung Haji tidak tersasar daripada matlamat asal.

Tuesday, August 27, 2013

Azeez Rahim Tak Layak Jadi Pengerusi Tabung Haji - Azeez Rahim Bawak Masuk Kroni ke PMO??

Berikut adalah artikel yang diambil dari blog http://penyokongpas.wordpress.com dengan tajuk Email Kakitangan SMPKE, JPM . Dalam artikel tersebut menunjukkan bagaimana Azeez guna pengaruh beliau yang rapat dengan PM untuk menyusun kroni-kroni supaya diberikan tempat atau jawatan kanan dalam JPM/PMO . Sibuk jaga urusan PMO yang tak ada kaitan dengan diri sendiri , mungkin cari peluang nak menyakau ? Tak puas ke dapat tempat di Tabung Haji tu ? Turun lah Azeez Rahim sebagai pengerusi Tabung Haji , lu memang tak layak ! Tinggalkan dunia politik, buat bisness betul-betul , jangan nak guna pengaruh dalam politik ja .. harap kaki sakau yang pandai berlakon ni diberikan hidayah untuk letakkan jawatan , jangan sampai gambar video tersebar


Ana menerima email yang agak panjang berjela daripada seorang kakitangan JPM mengenai apa yang sedang berlaku di Pejabat Perdana Menteri (PMO). Memang banyak isu menarik yang sedang berlaku.

Menurut kakitangan tersebut, beberapa wajah baru sudah dibawa masuk untuk membantu PM menyusun strategi lebih baik dalam berdepan dengan PRU14. Bagus, depa ni mula awal. Baru menang PRU13, sudah fikir PRU14. Kalau macam ini punya strategi, UMNO insya’Allah boleh memerintah sampai sangkakala berbunyi.

Menurut email tersebut, antara tokoh paling berkuasa, mempunyai akses paling aula di PMO pada ketika ini adalah Pengerusi Tabung Haji yang baru, Azeez. Kita kenal sangat lah dengan dia ni. Orang Baling, Kedah.

Menurut email tersebut, JPM sudahpun menerima arahan bahawa Azeez adalah Chief of Staff PM yang baru. Tak ada perkara yang boleh mendahului Azeez. Semuanya akan melalui Azeez. Daripada pertukaran perabot, sehinggalah pengumuman perlantikan ke mana-mana jawatan di dalam dan di luar kerajaan. Pemecatan pun diuruskan oleh Azeez.

Azeez, menurut email tersebut, akan mengisi tugasan yang sebelum ini gagal dilangsaikan oleh DSJJ (ana agak Jamaluddin Jarjis). DSJJ dikatakan tidak mempunyai pengaruh lagi di PMO. Gagal.

Azeez sudahpun membuat lawatan kepada semua pegawai-pegawai tinggi di JPM. Menurut sumber tersebut, berdasarkan kapal yang sama, Azeez lebih mudah berkoordinasi dengan KSN. Malah, KSN dikatakan menurut sahaja apa yang diperkatakan oleh Azeez.

Menurut email tersebut, antara sumbangan awal Azeez kepada JPM dan rakyat Malaysia:-

1. http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/08/19/Shahrizat-appointed-special-adviser.aspx

Di atas nasihat Azeez, PM menerima perlantikan semula Kak Ijat sebagai Special Adviser. Langkah ini memberikan pulangan politik kepada Azeez sendiri yang akan bertanding MT (majlis tertinggi UMNO).

2. Perlantikan Irmohizam kepada beberapa jawatan strategik.

3. Penyediaan dana ratusan juta untuk media baru (diuruskan oleh kakitangan bernama Amhari).

4. Perlantikan Datuk Izudin Ishak sebagai Pengerusi Yayasan Kesejahteraan Bandar, di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan.

5. Perlantikan CEO Global Movement of Moderates yang baru.

6. Penyusunan perlantikan yang akan berterusan sepanjang 3 tahun akan datang.

Kakitangan SMPKE terbabit berjanji untuk memberikan perincian dana yang digunakan setakat ini oleh Azeez.

Dia cuma berasa pelik, bagaimana seorang Pengerusi LTH boleh memainkan peranan sebagai Chief of Staff PMO. Kalau dah banyak masa ada di Perdana Putra, apa jadi dengan TH?

Azeez juga sedang menyusun kakitangan kanan/sokongan yang lain, untuk dibawa masuk ke dalam JPM/PMO.

Ana cuma meringkaskan email yang panjang tersebut. Kalau salah, ana tak tahu lah. Ana akan berjumpa dengan pengirim email ini minggu hadapan. Dia kata ada seguni info yg dia ada. Termasuk senarai syarikat-syarikat yang sedang disusun oleh Azeeeeezzzz.

Saturday, August 24, 2013

Azeez Rahim Tak Layak Jadi Pengerusi Tabung Haji - Siapa CEO THRE yang Azeez Rahim 'Back-up' ??

Tabung Haji makin lama makin parah , tambah-tambah sekarang Azeez Rahim jadi pengerusi . Dulu aku dengar banyak orang dok bercakap belakang pasal pegawai-pegawai kat Tabung Haji, ada beberapa spesies korup, penting kroni dan kaki sakau. Hang pa cuba teka Azeez Rahim yang dah jadi pengerusi Tabung Haji tu dalam kategori mana satu ?

Ni nak tanya kat Azeez Rahim , betul ka CEO Tabung Haji Real Estate yang beroperasi kat Arab Saudi tu kawan baik pada Jasmi Ismail iaitu abang kepada Ismee Ismail ?? Ini sudah dikira KRONI ! Hang cuba-cuba nak cover ... Ismee Ismail ka dok control Azeez Rahim atau Azeez Rahim yang dok kontrol Ismee Ismail . Peduli la.. yang aku tau dua-dua masyukkk.

Yang baca blog ni aku harap, kalau ada apa-apa maklumat mengenai Tabung Haji Real Estate tolong email . Aku nak tau juga sapa nama CEO Tabung Haji Real Estate ni . Al maklumlahhh dengar cerita depa dok kata dah nak naik gaji dari RM 30,000 sebulan pada RM 70,000 sebulan . Mangkuk ayun betull , syarikat tak jana apa-apa pendapatan . Hang goyang kaki , gentel teloq tak payah kalut sumber kewangan mai dari mana untuk syarikat .. tau tau dah dapat RM 70,000 sebulan .

Bukan setakat Azeez Rahim je patut letak jawatan , mana-mana yang kaki songlap rasuah dalam Tabung Haji tolong letak jawatan jugak !!! Aku perlu bantuan ... tolong salurkan maklumat kawan-kawan semua , sebanyak mungkin , kita tak nak Tabung Haji yang menyimpan duit rakyat marhaen dijaga oleh spesies-spesies ni !

Thursday, August 22, 2013

Azeez Rahim Tak Layak Jadi Pengerusi Tabung Haji : Gagal Urus TH Real Estate di Saudi Arabia

Tabung Haji Real Estate (THRE) adalah sebuah anak syarikat Tabung Haji di luar pesisir .  Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 2009. Daripada beberapa maklumat yang diperoleh THRE gagal menjana keuntungan sejak ia ditubuhkan .  Walaupun tiada keuntungan diperoleh, THRE dikatakan menghabiskan SR 2.5 juta setahun untuk kos pekerja iaitu seramai 5 orang saja . Seorang CEO,  dua pekerja Malaysia dan dua pekerja Arab.  Azeez Rahim dilantik menjadi Pengerusi THRE pada tahun 2012. 


Dalam laman blog Rocky Bru’s melalui artikel Tabung Haji gets new Chairman? Komen yang paling menarik ialah dakwaan bagaimana gaji-gaji pekerja dinaikkan ke tahap maksimum semasa Azeez Rahim memegang jawatan pengerusi THRE walaupun tiada keuntungan di peroleh .

“Anonymous said...

Azeez is also Chairman of Tabung Haji's subsidiary, TH Real Estate (based in Saudi Arabia). TH Real Estate is basically a ZERO revenue company but Tabung Haji has been very generous. Not only the contract of THRE's CEO was extended, he also got maximum pay raise - up from RM30k to RM70k currently and soon will explode to RM100k per month (his contract will expire end of the year). With total staff of only 5 people (1 CEO, 2 Malaysians and 2 Saudis), TH RE's yearly cost for salary is already in excess of RM2 million!!!!! So Najib's decision to appoint Azeez as Chairman of Tabung Haji is due to THRE's sterling performance? No?

4:01 pm “

Dari komen berkenaan dikatakan gaji CEO THRE (yang dilanjutkan kontraknya) dinaikkan daripada RM30 sebulan kepada RM70 ribu sebulan . Di sini kita nampak  Azeez Rahim sebagai Pengerusi THRE  (Azeez dilantik jadi ahli lembaga pengarah Tabung Haji pada Januari 2011) tak bijak dalam menjimatkan duit Tabung Haji , malah kita nampak duit dibazirkan sewenangnya untuk anak syarikat yang tak berikan hasil ! 


Berikut adalah biodata Azeez Rahim seperti yang tercatat dalam laporan kewangan tahun 2010. Dari laporan kewangan tahunan Tabung Haji , kita cuba juga cari maklumat mengenai kewangan Tabung Haji Real Estate , tapi tak dicatatkan . Adakah Tabung Haji cuba sembunyikan sesuatu ? Dari petikan sebuah laman blog yang mempertahan perlantikan Azeez Rahim atas alasan pengalaman beliau dalam dunia korporat .. pengalaman ke atau guna pengaruh politik untuk kembangan perniagaan ?


Wednesday, August 21, 2013

Azeez Rahim Tak Layak Jadi Pengerusi Tabung Haji - Gelaran 'Azeez 10 persen'

Dari seorang blogger yang pernah mengenali Azeez pada satu ketika dulu . Artikel diperoleh menunjukkan pengalaman peribadi seorang blogger dengan Azeez Rahim 10 persen . Kalau perangai minta 'sponsor' untuk projek-projek kebajikan , ada pulak persen nya untuk dimasuk dalam poket sendiri ada kredibiliti ka jadi pengerusi Tabung Haji ???  Bahaya-bahayaaaa...


"Betul ke perkhabaran yang aku terima menyatakan Azeez Rahim dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji? Blogger otai, Rocky Bru ada tulis dalam blognya hari ini pasal pelantikan Ahli Parlimen Baling ini bakal menjadi pengerusi Tabung Haji. Terkedu aku dengar...

Aku memang tak ada masalah pun dengan Azeez dan dia pun tak kenal aku walaupun sedikit sebanyak aku kenal siapa dia sebelum menjadi wakil rakyat ni terutama ketika dia dalam Pemuda UMNO dahulu. Azeez inilah yang cipta skuad Putra dalam Pemuda UMNO yang pelancarannya dibuat besar-besaran di Melaka suatu ketika dahulu. (Skuad Putra... bukan Kelab Putra 1Malaysia)

Bukan soal skuad Putra yang aku nak sentuh, tapi untuk majlis pelancaran skuad ini sudah tentu beliau mahu buat promosi besar-besaran nak tunjukkan kat Mahathir (pada masa itu sebagai Presiden UMNO) tentang hebatnya "mamak" yang satu ini.

Sekali lagi, bukan soal skuad Putra yang aku nak persoal. Itu lantak dialah. Tak ada kena mengena dengan aku, cuma aku nak ceritakan bagaimana si Azeez ini sudah "permainkan" kita orang yang diberi projek untuk buat pelbagai barangan untuk mempromosikan skuad Putra ini - dari t-shirt, baju, topi, payung, belon hinggalah laman web. Kos semuanya sudah tentu makan ratusan ribu kalau tak juta sekali pun.

Bila kami submit sebut harga kat Azeez, dia bukannya nak kasi wang pendahuluan untuk kami memulakan kerja, sebaliknya dia cuma menyerahkan sekeping surat bertandatangan beliau.

"Hang bawa surat ni pergi jumpa Petronas, TNB, Telekom.... Diorang confirm bagi sponsor....!" Itulah lebih kurang apa yang dia cakap. Tepok dahi kawan aku yang bawa sebut harga tu kat dia.

Tapi yang tak bestnya, dia sempat pesan.... "Kalau dapat sponsor jangan lupa 10 % untuk aku....!!" Dusssshhhh........... Nak pengsan kawan aku dengar. Dahlah duit untuk projek Putra tu kami kena cari sendiri penajanya. Lepas tu kalau dah dapat kena bagi pulak kat dia! Ni projek  siapa punya ni?? Last-last kami tarik diri.

Habis cerita maka Putra pun dilancarkanlah dan semua barangan yang asalnya kami nak buat, terhasil juga. Siapa dapat projek tu aku pun tak nak ambil tahu... Lantak kaulah! Tapi last-last aku dapat juga tahu, rupanya yang jadi "mangsa" kawan aku jugak!

Aku tak tahulah hutang Pemuda/Putra/Azeez kat kawan aku yang khabarnya jutaan ringgit juga itu sudah langsai ke belum.  Setahu aku belum.

Atas sebab itulah aku sampai sekarang gelar mamak ni "Azeez 10 persen"... Heeee... 

Sekarang mamak ni nak jadi Pengerusi Tabung Haji pula! Entahlah... Tak boleh nak cakap apa dah!

Pesan aku pada Azeez, kalau betul kau jadi Pengerusi Tabung Haji, tolonglah jangan buat perangai macam dulu. Duit Tabung Haji tu duit orang kampung yang nak pergi Mekah. Jangan sampai tak lama kemudian terpampang dalam paper cerita pasal kau kena panah petir!"