JOM TOLAK AZEEZ RAHIM

JOM TOLAK AZEEZ RAHIM

Saturday, September 28, 2013

Azeez Rahim Tak Layak Jadi Pengerusi Tabung Haji - Azeez Rahim Perosak Pemikiran Najib


Cita-cita Azeez Rahim, Ahli Parlimen Baling, untuk menjadi Pengerusi Tabung Haji telah tercapai.

Tabung Haji di dalam satu kenyataan akhbar berkata: "Azeez dikenali sebagai yang berwawasan dan mempunyai visi yang luas dalam bidang perniagaan serta pembangunan sosio-ekonomi komuniti sejagat."
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130701/dn_39/Abdul-Azeez-dilantik-Pengerusi-Lembaga-Tabung-Haji

Di kalangan pemimpin Umno, ramai yang memperkatakan mengenai Azeez dan hubungan akrab beliau dengan Rosmah Mansor.

Walaupun para blogger pro-Umno cuba menegur Perdana Menteri supaya memikirkan semula cadangan beliau untuk melantik Azeez sebagai Pengerusi Tabung Haji, jelas sekali teguran ini tidak dipedulikan oleh Najib Razak.

Kita sudah mula merasakan ada yang tidak kena dengan Najib - cara beliau membuat keputusan.

Lihat saja Kabinet beliau, rata-rata mengatakan inilah barisan Kabinet yang paling buruk pernah diketengahkan kepada rakyat.

Kali ini, pasal pemilihan UMNO, Abdul Azeez percaya, beliau akan mempertahankan jawatan ahli MT menarik perhatian bagaimana cabaran menghadapi pilihan raya umum ke-14, yang dijadual pada 2017/2018 lebih getir dan mendebarkan.

Sudahlah pegang dengan jawatan Pengerusi TH dan sekarang pula mahu jawatan ahli MT, pasti ini semua telah dirancang untuk keuntungan mereka.

Blogger Big Dog pernah mempertikaikan kesahihah kelulusan akademik Azeez yang dikatakan mempunyai MBA dari Preston Universiti padahal ramai mengetahui Azeez tidak berpelajaran dan dahulu adalah penjual kereta terpakai.
http://bigdogdotcom.wordpress.com/2013/05/

Jika di mata Najib, Azeez adalah pilihan paling baik untuk memimpin Tabung Haji yang mempunyai dana melebihi RM37 bilion, maka kita kini berhak merasa sangsi samada Najib adalah pemimpin paling layak sekarang ini untuk memimpin negara.

Persoalannya adakah semua itu untuk bangsa dan negara atau untuk kepentingan sendiri???

Thursday, September 26, 2013

Azeez Rahim Tak Layak Jadi Pengerusi Tabung Haji : Gagal Urus Tabung Haji


Minggu ini mungkin minggu yang paling sibuk untuk Ahli Parlimen Baling, Datuk Azeez Rahim yang juga Pengerusi Tabung Haji.

Pertama, pemilihan UMNO dimana Azeez sedang mengintai peluang mengekalkan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi dan kedua musim haji yang telah bermula dimana Azeez sebagai Pengerusi Tabung Haji yang baru begitu 'sibuk' dengan kebajikan keluarga jemaah disini, terutama yang meninggal dunia semasa mengadakan upacara tersebut di Mekah.

Setakat artikel ini ditulis, 2 jemaah haji telah pun meninggal dunia semasa mengadakan upacara haji dan kesempatan ini nampaknya digunakan sepenuh oleh Azeez Rahim untuk mendapat 'sport light' media bagi dirinya sendiri dengan kononnya membantu keluarga jemaah berkenaan.

Antaranya, menawarkan kuota haji untuk isteri dan anak lelaki seorang jemaah yang meninggal baru-baru ini.

Sebelum orang mempersoalkan aku, biar aku jelaskan disini, 'kebaikan' ini tidak pernah dilakukan mana-mana Pengerusi Tabung Haji sebelum ini, dan apa yang dibuat Azeez ini adalah yang pertama seumpamanya.

Pakatan Rakyat yakin, tindakan Azeez memberikan kuota haji kepada waris jemaah berkenaan, adalah satu salahguna kuasa yang terang dan nyata sebab tidak mungkin ianya berlaku secara kebetulan.

Ramai lagi rakyat Malaysia ini (aku difahamkan ada lebih 1 juta orang) yang masih belum menunaikan haji, diketepikan hak mereka untuk membuka jalan kepada  2 orang ini, hanya sebab Pengerusi Tabung Haji yang baru, 'simpati' kerana ayah dan suami mereka meninggal semasa mengerjakan haji musim ini.

Faham?


Tak faham, nak bagi jelas lagi, tahun depan, akan ada 2 orang jemaah haji dari negara ini yang sepatutnya dapat ke Mekah, tapi dinafikan hak mereka oleh salah guna kuasa Azeez yang kemaruk nak kekal dalam MT UMNO.

Wajarkah tindakan ini?  Yang mati dah tentulah mati, kenapa yang hidup pulak perlu menanggung kesengsaraan kerana kuota mereka digunakan untuk kepentingan peribadi Azeez?

Dan kita perlu ingat, ini baru melibatkan satu jemaah, khabarnya keluarga satu jemaah lagi itupun, Azeez nak buat tindakan yang sama juga - beri kuota.  

Penyudahnya, di akhir musim haji ini, agaknya berapa ramai jemaah yang mati dan berapa ramai pulak kalangan ahli keluarga mereka yang akan dihantar ke Mekah oleh Azeez?

Tunggu dan lihat.

Pakatan Rakyat sudah pasti tidak akan lepaskan Azeez begitu saja.  Tindakan lanjut akan ditentukan pada bila-bila masa dalam minggu ini.

Tuesday, September 24, 2013

Azeez Rahim Tak Layak Jadi Pengerusi Tabung Haji - PAS Kritik Perlantikan Azeez Jadi Pengerusi


PAS mendesak kerajaan menjelaskan kriteria serta syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk pemilihan seseorang bagi memegang jawatan Pengerusi Tabung Haji.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang ditemui di lobi parlimen berkata, perkara itu amat penting kerana Tabung Haji merupakan tabung amanah yang dipertanggungjawabkan oleh penyimpan (orang Islam) untuk diuruskan dengan lebih baik.

"Kita tidak mahu isu yang dibangkitkan sebelum ini berkenaan Tabung Haji ini berulang kembali, amanah rakyat perlu ditunaikan bukannya mengkhianati," ujarnya

Naib Presiden PAS itu turut mepertikai tindakan kerajaan seolah-olah menggunakan konsep 'tangkap muat' dalam mengisi jawatan-jawatan penting di dalam syarikat milik kerajaan (GLC).

Menurutnya lagi, tindakan itu umpama ‘balasan’ kepada ahli parlimen yang tidak dilantik sebagai timbalan menteri atau menteri bagi ‘membantu’ mereka menambah pendapatan.

"Saya tidak mempertikaikan lantikan dari kalangan ahli-ahli parlimen tetapi yang penting adalah ketelusan serta syarat-syarat wajib bukannya sebagai balasan akibat tidak dilantik mengisi jawatan dalam kabinet.

"Kebimbangan saya adalah apabila kita tidak membuat satu tapisan, sudah pasti hala tuju Tabung Haji itu masih lagi berada dalam keadaan yang samar.

"Kita perlu melihat bagaimana Tabung Haji dibentuk peringkat awal, susah payah mereka yang terlibat pada peringkat sekarang dan masa akan datang. Perkara ini bukannya boleh dipandang mudah, misi dan visi perlu jadi agenda utama," sambung beliau lagi.

Sunday, September 22, 2013

Azeez Rahim Tak Layak Jadi Pengerusi Tabung Haji - Azeez Rahim dan Janji Manisnya...


Selaku Pengerusi Idiqa Holding Sdn Bhd, Azeez telah membelanjakan 18.15juta bagi membayar pendahuluan pampasan kepada 363 bekas peneroka tersebut yang berjumlah RM50,000 seorang.

Umum semua maklum yang mana Azeez Rahim mula memegang jawatan sekalu Ketua UMNO Bahagian Baling pada November 2008. Jika dihitung sehingga sekarang, sudah mengjangkau setahun lima bulan Jawatan Ketua UMNO Bahagian Baling disandang oleh Azeez Rahim. Rata-rata janji-janji Azeez Rahim kepada penduduk di Baling masih samar-samar. Jika ingin dirungkaikan janji-janji Azeez ini mungkin seminggu pon tidak habis di cakap.

Berikut adalah beberapa janji-janji Azeez Rahim yang cukup menjadikan Azeez Rahim cukup dimarahi oleh orang UMNO sendiri:

1) Membina Banggunan Baru 7 tingkat UMNO Bahagian Baling.

2) Member elaun kepada Semua Ketua Cawangan yang bukan JKKKP sebanyak RM450 sebulan.

3) Membawa semua Ketua Cawangan menunaikan Haji.

4) Membawa Semua Ketua Cawangan menunaikan Haji.

( janji ini sudah sebanyak 2 kali katanya)

5) Membawa Semua Ketua Cawangan menunaikan Umrah.

6) Membina Kawasan Perindustrian untuk anak-anak Baling bekerja.

7) Membina Universiti Pertanian di Baling.

Banyak lagi janji-janji Azeez Rahim yang terus membelenggu Masyarakat Baling. Jika Azeez Rahim ikhlas dalam membantu masyarakat di Baling, dimana janji-janji Azeez ini semua. Berapa juta yang dia ikhlas laburkan di Baling untuk pembanggunan Baling? Apa yang Azeez Rahim lakukan hanyalah kerana untuk menaikkan namaya sahaja di mata DS Najib Tun Razak. Di Baling hanyalah bantuan beras sepeket, gula sekilo, kopi saja yg selalu disumbang di Daerah Baling bagi membantu org-org di sini. Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan..

Dek kerana ingin menonjolkan diri kepada DS Najib Tun Abd RAzak, Azeez Rahim bersungguh-sungguh membantu sehingga Rm18.15juta dihabiskan dek kerana ORANG LUAR dalam tempoh 9 hari sahaja. Janji-janji di Baling hanya janji tinggal janji. Beterpatan dengan slogan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan telah menjadi Rakyat Luar Didahulukan Rakyat Baling Diperbodohkan.

Selepas ini pencacai-pencacai Azeez Rahim di Baling akan memuji Azeez Rahim tinggi-tinggi kerana Azeez Rahim membantu ORANG LUAR. JTAR mencabar pencacai-pencacai Azeez Rahim cuba mendesak Azeez Rahim melunaskan janji-janjinya di Baling dalam tempoh 10 hari. Di depan DS Najib, Azeez boleh laksanakan kenapa tidak di belakang DS Najib?

Thursday, September 19, 2013

Azeez Rahim Tak Layak Jadi Pengerusi Tabung Haji - Azeez Rahim 'Sailang' Tan Sri Ismail Omar Jadi Pengerusi Tabung Haji


The Malaysian Insider menyebut yang Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi Tabung Haji mendapat kritikan keras kerana hanya mempunyai pendidikan sekolah menengah dan mendapat jawatan itu hanya kerana hubungan baik dengan keluarga Najib untuk menjadi Pengerusi menguruskan dana RM35 bilion TH.

Kalau bukan Azeez, Tan Sri Ismail Omar disebut-sebut untuk jawatan itu.
Azeez Baling juga menyebut supaya dirinya diberi peluang,
  
 “Saya merayu kepada semua yang kritik beri peluang kepada saya terlebih dahulu berkhidmat sebagai Pengerusi Tabung Haji sebelum membuat penilaian”

    “Saya anggap semua kritikan tersebut sebagai kritikan membina. Fokus utama saya adalah untuk menjaga kebajikan jemaah haji dan umrah”

    “Hala tuju perniagaan Tabung Haji saya fikir sudah baik.

    “Kita mempunyai ahli lembaga pengarah yang berkaliber seperti Datuk Othman Mahmood yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), jadi dari segi perniagaan saya dah tak perlu bimbang sangat.” – TMI

Entah apa sebabnya dia dilantik sebagai Pengerusi TH. Peluang untuk menyusutkan dana TH dan selepas ini pendeposit TH boleh berkira-kira tentang penyusutan dividen yang bakal mereka perolehi.

Kalau dah cara lantik pun tak betul bagaimana nak berkat!!

Takkan nak lepaskan peluang, rayulah minta diberi peluang. RM100 000 sebulan yang bakal diperolehi, takkan nak biarkan!!

Wednesday, September 18, 2013

Azeez Rahim Tak Layak Jadi Pengerusi Tabung Haji - Azeez Rahim Pengampu No.1 Negara

Sambungan dari Part 1...

Yang Salah ialah SIAPA Lantik AZEEZ RAHIM a.k.a Mr. 10percent.

Part 2



Isunya apakah Azeez lebih berintergeriti di mata Najib berbanding Syed Hamid Albar?

Dalam hal ini, ramai yang melihat perlantikan Azeez adalah permulaan kepada pendekatan Najib memberi ganjaran kepada Ahli-Ahli Parlimen BN yang diketepikan dalam pemberian jawatan kabinet selepas pilihanraya lalu. Sebelum ini Ahli Parlimen Mersing, Dr Latif Ahmad turut dilantik sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad dan khabarnya beberapa Ahli Parlimen lain akan mendapat berita gembira yang sama tidak berapa lama lagi, tambahan pula banyak GLC mempunyai kekosongan ketika ini.

Pemberian itu mungkin sebagai ganjaran dari sikap murah hati Perdana Menteri tetapi ramai juga yang melihat ianya sebagai pendekatan Najib untuk memastikan Ahli-Ahli Parlimen BN ini tidak berpaling tadah daripadanya jika berlaku sesuatu di Parlimen nanti.

Walaupun Azeez dilihat oleh banyak pihak tidak layak atau kurang sesuai menjadi Pengerusi Tabung Haji, mungkin kerana peribadinya, mungkin kerana karektornya, mungkin kerana pengalaman dan pengetahuannya dalam dunia korporat tidak mencukupi atau mungkin kerana 1001 sebab yang lain tetapi tidak menjadi kesalahan jika beliau melobi atau berhajat untuk menduduki kerusi itu.

Sebagai ahli politik, tambahan pula kini sudah menjadi Ahli Parlimen, Azeez mungkin mempunyai keinginan untuk meningkatkan taraf sosialnya di mata umum. Sama ada beliau melobi untuk mendapatkan jawatan itu atau kerana Najib memberinya sebagai suatu anugerah tanpa diminta, Azeez sebenarnya tidak boleh dipersalahkan dalam hal ini. Tidak salah beliau meminta atau menawarkan diri.

Yang perlu dipersalahkan ialah Najib yang melantiknya. Najib seharusnya tahu bahawa beliau sekarang menguruskan sebuah kerajaan dan pemberian sesuatu jawatan, sama ada menteri, timbalan menteri atau pengerusi GLC mestilah berasaskan kelayakan dan kebolehan seseorang itu. Perlantikan tidak boleh dibuat secara tangkap muat atau kerana seseorang penyokong setia atau juga kerana seseorang itu kerap mencium tangannya ketika bersalam.

Tidak semestinya semua kawan, penyokong setia dan mereka yang mencium tangan perlu diberikan jawatan dalam kerajaan kerana mereka ini boleh diberikan ganjaran dalam bentuk lain yang tidak menjejaskan prestasi atau kewibawaan kerajaan yang sedang dipimpinnya.

Pelantikan yang silap dan menjadi pertikaian umum akhirnya akan menjejaskan nama Perdana Menteri juga.

Tuesday, September 17, 2013

Azeez Rahim Tak Layak Jadi Pengerusi Tabung Haji - Azeez Rahim Pengampu No.1 Negara

Yang Salah ialah SIAPA Lantik AZEEZ RAHIM a.k.a Mr. 10percent.

Part 1
 

Perlantikan Azeez Rahim, Ahli Parlimen Baling dan Pengerusi Kelab Putra 1Malaysia sebagai Pengerusi Tabung Haji yang baru menjadi isu dan pertikaian kebanyakan orang. Banyak pihak dalam UMNO turut meluahkan rasa kurang senang dengan perlantikan itu, manakala yang mengenali Azeez pula ada yang tersenyum dan ada pula yang menggelengkan kepala sebaik mendengar berita itu.

Azeez yang juga dikenali sebagai Azeez Putra, Azeez Gaza dan macam-macam gelaran lagi adalah seorang aktivis UMNO yang rajin dan gigih. Bermula dengan mengetuai Biro Putra Pemuda UMNO Malaysia, kemudian menang sebagai Ahli MT UMNO dan menerajui Kelab Putra 1Malaysia pula, beliau bukan saja aktif dalam mendekati mat rempit tetapi juga aktif menghulurkan bantuan bila saja ada mala petaka menimpa.

Melalui Kelab Putra yang diterajuinya, beliau menjelajah ke seluruh dunia menghulurkan bantuan seperti di Indonesia, Thailand, Jepun dan banyak negara lain. Beliau juga membawa rombongan membawa makanan dan ubat-ubatan ke Gaza dan Palestin dalam misi kemanusiaannya.

Di dalam negara, beliau aktif menghulurkan bantuan. Asal saja ada kejadian buruk seperti banjir, tanah runtuh atau apa saja, kelibatnya pasti ada. Di Baling, kawasan di mana beliau berpolitik juga, sumbangannya diketahui dan dirasai oleh ramai orang.

Dalam politik UMNO pula, beliau dikenali sebagai orang yang rajin mencium tangan pemimpin dan membuatkan kehadirannya disedari. Ketika Pak Lah menjadi Perdana Menteri, beliau mempunyai hubungan yang rapat sehingga boleh bercakap melalui telefon. Di era Najib pula, hubungannya dengan keluarga Perdana Menteri lebih intim dan kemas. Dalam beberapa pilihanraya kecil, terutamanya pilihanraya kecil Ulu Selangor beberapa tahun dulu, beliau memainkan peranan menyelesaikan masalah peneroka Felda Sungai Buaya sehingga akhirnya calon BN Kamalanathan berjaya menewaskan calon PKR, Zaid Ibrahim.

Kerana hubungannya yang rapat dengan Perdana Menteri, dalam menjalankan misi kemanusiaannya melalui Kelab Putra ke perbagai negara, beliau dilihat agak mudah memperolehi bantuan dan sumbangan. Ketika berbual pula, pujiannya mengenai Perdana Menteri jarang terpisah dari bibirnya.

Dalam pilihanraya lalu, beliau menang di Baling menewaskan calon Pas, Najmi Ahmad walaupun ramai yang menjangkakan beliau akan tewas kerana calon Pas itu merupakan tokoh agama yang agak dikenali umum. Sementara perwatakan, perangai, latar belakang malah ijazahnya juga dipertikaikan, Azeez akhirnya berjaya menyumbang satu kerusi daripada 133 yang dimenangi oleh BN.

Selepas kemenangannya yang mengejutkan itu, ada juga yang meramalkan Najib akan melantiknya sebagai timbalan menteri kerana hubungannya yang rapat dengan Perdana Menteri.

Memang ramai yang mempertikaikan perlantikan Azeez sebagai Pengerusi Tabung Haji. Perlantikannya dilihat tidak sesuai dengan kedudukan Tabung Haji sebagai GLC yang besar, kukuh dan berkait rapat pula dengan rukun Islam kelima. Ramai yang melihat Tabung Haji lebih sesuai dipengerusikan oleh individu lain seperti bekas menteri atau bekas pegawai kanan kerajaan mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran dan pengurusan. Atau setidak-tidaknya bukanlah di kalangan mereka yang dipertikaikan banyak sisi kehidupannya.

Beberapa pemimpin UMNO pula mencadangkan agar perlantikan pengetusi GLC dibuat berdasarkan kelayakan dan track record seseorang dan tidak semata-mata sekadar mengisi kekosongan atau kerana ingin memberi ganjaran kepada seseorang kerana GLC seperti Tabung Haji berkait rapat dengan perniagaan, keuntungan serta ibadah, maka seseorang penerajunya mestilah seseorang yang berintergeriti tinggi dan tidak diperkatakan karektornya.

Sebelum ini bekas menteri, Syed Hamid Albar pernah diberi surat perlantikan sebagai Pengerusi Tabung Haji sebaik Najib menjadi Perdana Menteri tetapi kemudian dipujuk agar menolak dan memulangkan surat perlantikan itu berikutan adanya bantahan daripada pihak tertentu yang tidak menyukai Syed Hamid. Beliau kemudian diberikan jawatan Pengerusi SPAD atau Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.

Akan bersambung di Part 2......

Friday, September 13, 2013

Azeez Rahim Tak Layak Jadi Pengerusi Tabung Haji - Azeez Rahim Tempelak Najib Razak Dek Statistik Kongsi Gelap


Azeez Rahim Buat Bantahan Pada Najib



 Tiga kumpulan paling ganas


Putrajaya: Geng 04, Geng 08 dan Geng 36 disahkan kongsi gelap paling berbahaya dan aktif dalam jenayah keganasan antara 49 kumpulan samseng yang didedahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), seramai 28,926 ahli kongsi gelap membabitkan kaum India, Cina (8,214), Melayu (1,923)



JEDAH, SAUDI ARABIA : PRESIDEN TABUNG UMAT MELAYU DATUK SERI PANGLIMA AZEEZ RAHIM MELAHIRKAN RASA AMAT KECEWA DI ATAS PENGUMUMAN JUMLAH KUMPULAN KONGSI GELAP OLEH KDN ATAS PERKENAN PERDANA MENTERI. AZEEZ BERKATA SEPATUTNYA KDN PERLU JELASKAN SIAPAKAH SEBENARNYA KAUM INDIA ITU ??.


AZEEZ BERKATA SEPATUTNYA PM DAN KDN PERLU NYATAKAN LEBIH TERPERINCI SAMADA KAUM INDIA YANG TERLIBAT ITU TERDIRI DARIPADA KAUM INDIA MUSLIM ATAU KAUM INDIA HINDU. INI AMAT PENTING BAGI MENJAGA MARUAH KAUM INDIA MUSLIM DI NEGARA KETUANAN MELAYU INI.


BERDASARKAN LAPORAN YANG TELAH DIKELUARKAN OLEH KDN, SERAMAI 28,926 ORANG KAUM INDIA ADALAH AHLI KONGSI GELAP. INI MERUPAKAN SATU JUMLAH YANG AMAT BESAR. INI KERANA JUMLAH KAUM INDIA DI NEGARA INI BERJUMLAH 1,800,000 ORANG. INI BERMAKNA SETIAP 62 ORANG KAUM INDIA ITU ADA SAEKOR KONGSI GELAP.


AZEEZ MENDAKWA LAGI MEMANG TIDAK ADIL JIKA KERAJAAN PIMPINAN NAJIB MEMBUAT PENGUMUMAN SEBEGITU RUPA KERANA IA TENTUNYA AKAN MEMBERI PERSEPSI YANG BURUK KE ATAS KAUM INDIA MUSLIM DI NEGARA KETUANAN MELAYU INI.


AZEEZ RAHIM BERKATA DEMIKIAN KETIKA DITEMUI OLEH WARTAWAN AKHBAR 'JANJI LAWAN' DI. AZEEZ RAHIM SEDANG DALAM RANGKA LAWATAN SELAMA 3 HARI KE JEDAH BAGI MENINJAU PERSIAPAN UNTUK MENYAMBUT KEDATANGAN JEMAAH HAJI DARI NEGARA KETUANAN MELAYU TIDAK LAMA LAGI. AZEEZ RAHIM MENYERU KEPADA BAKAL-BAKAL JEMAAH HAJI KETUANAN MELAYU AGAR PAKAILAH BAJU MELAYU DENGAN SAMPIN KETIKA PERGI MENGERJAKAN IBADAH HAJI NANTI. AZEEZ BERKATA SEBAGAI WARGA NEGARA KETUANAN MELAYU KITA PERLU BERBANGGA DENGAN PAKAIAN TRADISIONAL KITA.

KETUANAN MELAYU??? ER?? BUKAN KENYATAAN DIATAS BUNYI MACAM AZEEZ TERASA JEE DENGAN PM DAN KDN. MAKLUMLAH ADE DARAH DARAH MAMAK KN...

kah kah kah..kah kah

Wednesday, September 11, 2013

Azeez Rahim Tak Layak Jadi Pengerusi Tabung Haji - Tahniah Azeez Semoga Dividen TH Bertambah!!!


Gambar dipetik di laman instagramnya

60 hari yang lalu, Azeez Rahim a.k.a Mr. 10percent telah menggantikan Tan Sri Abi Musa Asaari Mohamed Nor yang telah berkhidmat sejak Ogos 2007.

Kalaulah Tabung Haji tak tentu hala selepas ini, hanya perlu salahkan Najib.

Tersebar di blog, baca ruangan komen di blog Rocky’s bru, Azeez hanya memiliki SPM? Bagaimana yang hanya memiliki SPM boleh menjadi Pengerusi Tabung Haji? Kalau salah, Azeez boleh sebutkan sendiri kelayakan akademik yang beliau miliki.

Lagi perkara menarik, berapakah gaji Pengerusi Tabung Haji yang mengurus berbillion duit umat Islam Malaysia. Kalau sebelum ini Mahfuz Omar mendedahkan dan mempersoalkan bagaimana Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail, yang berstatus kontrak, boleh memperolehi gaji sebesar RM85,000 sebulan. Tentulah gaji Azeez lebih besar dengan hanya kelayakan sebagai pembodek Najib. Insyaallah…rakyat semakin menyampah!!

Azeez juga Pengerusi anak syarikat Tabung Haji iaitu TH Real Estate LLC dan Ahli Lembaga Pengarah Theta Edge Berhad yang juga anak syarikat Tabung Haji, yang tentu ada habuannya. Baca juga salah satu komen di bawah dari blog Rocky bru:

Azeez is also Chairman of Tabung Haji’s subsidiary, TH Real Estate (based in Saudi Arabia). TH Real Estate is basically a ZERO revenue company but Tabung Haji has been very generous. Not only the contract of THRE’s CEO was extended, he also got maximum pay raise – up from RM30k to RM70k currently and soon will explode to RM100k per month (his contract will expire end of the year). With total staff of only 5 people (1 CEO, 2 Malaysians and 2 Saudis), TH RE’s yearly cost for salary is already in excess of RM2 million!!!!! So Najib’s decision to appoint Azeez as Chairman of Tabung Haji is due to THRE’s sterling performance? No?

Najib menggenapkan transformasi yang ingin dilakukannya. Ghani Othman (Lim Kang Hoo)/Sime Darby, Ng Yen Yen (and family)/Tourism Malaysia, Rafidah Aziz/Air Asia, Ali Rustam/LADA, and Now Azeez Rahim (Ismee/Jasmi/Azizan/Sheikh Akmal)/Tabung Haji.

Tuan-puan tunggulah 5.5% dividen setahun!!!



Tuesday, September 10, 2013

Azeez Rahim Tak Layak Jadi Pengerusi Tabung Haji

Mamak ohh mamak...



Kenapa kerajaan lantik Azeez Mamak Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji ? 

Rukun Islam kelima kepada semua umat Islam di seluruh negara. Menunaikan Haji di tanah suci. Sekarang dengan perlantikan Azeez, siapa ada duit boleh menunaikan Haj, siapa yang tidak dapat bayar duit poket tidak akan dapat pergi.

TABUNG HAJI AKAN JADI EKSKLUSIF SEPERTI KEDAI ROLEX ATAU FERRARI. Rakyat biasa akan mula tolak Tabung Haji dan terpaksa menggunakan kemudahan yang lain untuk menunaikan Haji di tanah suci.

Kuota untuk Tabung Haji akan di pegang oleh Azeez Rahim supaya anak beranak, seluruh UMNO yang dia berhutang kepada boleh di lepaskan dengan memberi PERCUMA kepada mereka menunaikan Haj di tanah suci. Kesucian Agama kita sudah tercemar dengan perlantikan perompak ini sebagai pengerusinya. Bukan Presiden UMNO ini tidak tahu. Mesti dia sudah dapat laporan demi laporan penipuan ahli perniagaan Azeez ini kepada hampir semua pemimpin dalam UMNO dan di luar. Berapa ramai yang sudah terpedaya dengan dia ? Berapa ramai sudah di tipu dia ?

Adakah pemimpin UMNO yang lain hanya akan duduk dan jadi YES MAN seperti dalam pentadbiran Mahathir dan Pak Lah ? Adakah kesucian Haji sudah tidak bermakna lagi kepada teras kepimpinan UMNO sampai melantik seorang penipu perompak sebagai Pengerusi Tabung Haji di terima sebulat suara oleh mereka ?

Jangan sampai UMNO jadi pembangkang selepas Pilihanraya UMUM ke 14.

Sumber dari blog http://kedahku.blogspot.com/2013/08/rayuan-pada-najib-tarik-balik.html

Tuesday, September 3, 2013

Gesa Pengerusi Tabung Haji Pakai Baju Melayu Bersamping Di Mekah Dipermainkan

Aku baru pulang dari London melihat aset-aset Tabung Haji di sana. Balik je Malaysia terbaca satu artikel yang amat menarik mengenai Pengerusi Tabung Haji baru kita Azeez Rahim a.k.a Mr. 10percent.


Gesaan Pengerusi Tabung Haji (TH) yang baru, Datuk Abdul Azeez Rahim agar jemaah haji dari negara ini memakai baju Melayu bersamping ketika berada di Tanah Suci Mekah dipermainkan oleh pelbagai pihak.

Ia bukan sahaja dibawa bercakap antara satu sama lain di kedai-kedai kopi tetapi disyarahkan dalam majlis-majlis tazkirah oleh ustaz-ustaz yang biasanya menguruskan jamaah haji di negara ini.
"Bagi saya, ini gesaan bukan cadangan. Bila gesaan dari Pengerusi Tabung Haji, ia satu arahan," kata Ustaz Tarmizi Shamsul Arif (gambar) ketika memberikan kuliah di Surau At Taqwa, Taman Bertam Indah baru-baru ini.Video tazkirah beliau itu kini berlegar di alam maya di laman sosial YouTube.

Abdul Azeez baru-baru ini menggesa jemaah haji Malaysia memakai baju Melayu bersamping ketika ke Tanah Suci iaitu semasa pergi ke masjid atau menziarahi tempat-tempat bersejarah di sana.
"Pakaian kebangsaan itu adalah lambang kenegaraan dan kita juga boleh buat promosi pakaian tradisional negara," kata anggota Parlimen Baling, Abdul Azeez yang dilantik menjadi Pengerusi Tabung Haji 1 Julai lalu.
"Kita kat Malaysia susah nak pakai. Tuan-tuan pernah pergi zoo pakai Baju Melayu?...sakit jiwalah kadang-kadang memikirkannya," sindir  Ustaz Tarmizi sambil tersenyum sinis lalu tersandar ke kerusinya.
Menurutnya, jemaah haji biasanya memakai jubah atau baju lain yang sesuai semasa di Mekah kerana ia dikatakan pakaian sunnah dan juga sesuai dengan suasana tempat itu.
Bagi beliau, ini semua berlaku kerana orang yag bukan ahli duduk di kerusi berkenaan.

Sejak dari awal pelantikannya, Abdul Azeez di pertikaikan kredibilitinya untuk dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji.
Bukan sahaja pemimpin Pakatan Rakyat (PR) bahkan kalangan Umno sendiri tidak setuju dengan perlantikan Abdul Azeez.
Ketua Pemuda Umno bahagian Cheras, Datuk Syed Mehdhar Syed Abdullah antara yang mengkritik perlantikan Azeez.
“Rakyat keliru dan hairan, atas kriteria apa Perdana Menteri boleh melantik Abdul Azeez sebagai Pengerusi TH sedangkan ramai lagi tokoh yang lebih berwibawa dan mempunyai kelayakan termasuk bekas-bekas pegawai kanan kerajaan,” tegasnya.
Katanya, lembaga tersebut sepatutnya diterajui oleh mereka yang mempunyai latar belakang ilmu agama atau profesion yang berkaitan bagi memastikan arah tuju Tabung Haji tidak tersasar daripada matlamat asal.